MARKUS 11:7-11
MARKUS 11:7-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Mereka membawa anak keldai itu kepada Yesus, lalu mengalas punggung keldai itu dengan jubah mereka. Kemudian Yesus menungganginya. Banyak orang membentangkan jubah di atas jalan, sementara yang lain mengerat dahan-dahan di ladang lalu menyelerakkannya di jalan. Orang ramai yang berjalan di hadapan dan yang mengikut di belakang mula berseru-seru, “Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan. Diberkatilah pemerintahan-Nya yang akan datang - pemerintahan Daud nenek moyang kita! Pujilah Allah!” Yesus masuk ke Yerusalem, lalu pergi ke Rumah Tuhan sambil memandang di sekeliling-Nya. Tetapi kerana hari sudah petang, Dia pergi bersama-sama dua belas orang pengikut-Nya ke Betania.
MARKUS 11:7-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dibawalah ulih marika itu akan kaldie muda itu kapada Isa; maka dibŭntangkannya pakieannya diatasnya, lalu dudoklah iya atasnya. Maka banyaklah orang yang mŭmbŭntangkan pakieannya dijalan, dan yang lain mŭmotongkan charang charang pohon kayu, maka dikaparkannya dijalan. Maka orang orang yang bŭrjalan dahulu, dan yang mŭngikot itu pun bŭrtriaklah katanya, Hosana; bŭrbahgialah kiranya orang yang datang dŭngan nama Tuhan: Bŭrbahgialah kiranya bagie krajaan moyang kami Daud, yang datang dŭngan nama Tuhan; hosana dalam tŭmpat kŭtinggian. Maka masoklah Isa kŭdalam Jerusalem, dan kŭdalam ka’abah, maka apabila dilihatnya kŭliling atas sagala pŭrkara, maka hari pun pŭtanglah; kluarlah iya sŭrta dŭngan duablas orang murid muridnya, lalu pŭrgi iya kaBethani.
MARKUS 11:7-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mereka membawa anak keldai itu kepada Yesus dan mengalasnya dengan jubah mereka. Yesus pun duduk di atas anak keldai itu. Ramai orang membentangkan jubah mereka di atas jalan. Yang lain memotong dahan rimbun daripada pokok-pokok di situ dan meletakkannya sepanjang jalan. Setelah itu, mereka yang berjalan di hadapan dan yang mengikut dari belakang berseru, “Hosana!” “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan!” “Diberkatilah kerajaan bapa kita Daud, yang datang dengan nama Allah!” “Hosana di tempat yang maha tinggi!” Yesus masuk ke Yerusalem dan terus masuk ke dalam Bait Suci. Setelah Dia melihat semuanya, kerana hari sudah lewat petang, Dia pun pergi ke Betania dengan murid-Nya yang dua belas itu.