MARKUS 11:22-24
MARKUS 11:22-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus menjawab, “Percayalah kepada Allah. Maka kamu dapat berkata kepada bukit ini, ‘Terangkatlah dan terbuanglah ke dalam laut!’ Jika kamu tidak ragu-ragu, tetapi percaya bahawa apa yang kamu katakan itu akan berlaku, perkara itu pun akan dilakukan untuk kamu. Oleh itu ingatlah: Apabila kamu berdoa dan minta sesuatu, percayalah bahawa kamu telah menerimanya, kerana apa sahaja yang kamu minta akan diberikan kepada kamu.
MARKUS 11:22-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Pŭrchayalah akan Allah. Kŭrna sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, barang siapa yang bŭrkata kapada gunong ini, bŭrpindahlah angkau, dan tŭrbuanglah angkau kŭdalam laut, dŭngan tiada shak dalam hatinya, mŭlainkan pŭrchayalah iya barang yang dikatakannya itu akan jadi, maka iya akan mŭndapat barang apa yang dikatanya itu. Maka sŭbab itulah aku bŭrkata kapadamu, barang suatu yang kamu kahandaki, apabila kamu mŭminta doa pŭrchayalah, bahwa kamu akan mŭnŭrima dia, dan kamu kŭlak akau mŭndapat dia.
MARKUS 11:22-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Berimanlah kepada Allah. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, jika sesiapa berkata kepada gunung, ‘Beralihlah dan terhumbanlah ke laut,’ tanpa ragu dalam hatinya dan dengan sepenuh kepercayaan bahawa apa yang dikatakannya akan berlaku, maka akan terjadilah seperti kata-katanya itu. Oleh itu, Aku berkata kepadamu, apa sahaja yang kamu minta dalam doa, percayalah kamu akan menerimanya, maka kamu akan mendapatnya.