MARKUS 11:12-14
MARKUS 11:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Esoknya, ketika mereka balik dari Betania, Yesus lapar. Dari jauh Dia nampak sebatang pokok ara yang lebat daunnya. Yesus mendekati pokok itu untuk melihat sama ada pokok itu berbuah. Tetapi apabila Dia tiba di pokok itu, Dia mendapati daun-daun sahaja, kerana pada masa itu belum musim buah ara. Yesus berkata kepada pokok ara itu, “Tiada sesiapa pun akan makan buah ara daripadamu lagi!” Pengikut-pengikut-Nya mendengar kata-kata Yesus itu.
MARKUS 11:12-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka pada esoknya, apabila marika itu datang deri Bethani, laparlah iya. Maka dilihatnya sa’pohon kayu ara deri jauh bŭrdaun, datanglah iya, kalau dŭngan mudah mudahan bulih didapatinya barang apa disitu; apabila datanglah kapadanya, didapatinya suatu jua pun tiada, mŭlainkan daun, kŭrna musim buah bŭlom sampie. Maka jawab Isa, sŭrta bŭrkata kapadanya, Sa’orang pun tiada kŭlak mŭmakan buah lagi deripadamu sampie slama lamanya. Maka didŭngar ulih murid muridnya itu.
MARKUS 11:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Esoknya, setelah mereka keluar dari Betania, Yesus berasa lapar. Dari jauh Dia melihat sebatang pokok ara yang berdaun. Dia mendekatinya untuk melihat kiranya pokok itu berbuah. Tetapi Dia mendapati daun sahaja di pokok itu, kerana pada masa itu bukan musim buah ara. Oleh itu Yesus berkata kepada pokok itu, “Tiada siapa akan makan buahmu lagi selama-lamanya.” Para murid-Nya mendengar kata-kata itu.