MARKUS 10:6-9
MARKUS 10:6-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi pada mula-mulanya, pada waktu Allah menciptakan manusia, ada dikatakan bahawa ‘Allah menjadikan mereka lelaki dan perempuan. Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya lalu bersatu dengan isterinya, dan kedua-duanya menjadi satu.’ Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang tetapi satu. Oleh itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia!”
MARKUS 10:6-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Akan tŭtapi deripada pŭrmulaan kŭjadian, dijadikan Allah marika itu laki laki, dan pŭrampuan. Maka ulih sŭbab itulah manusia itu mŭninggalkan bapanya, dan ibunya, bŭrdampinglah iya dŭngan istrinya. Maka marika itu kaduanya akan mŭnjadi suatu daging, maka dŭngan hal yang dŭmkian bukannya lagi marika itu bŭrdua, mŭlainkan suatu daging adanya. Maka sŭbab itu barang apa yang dijodohkan Allah, janganlah manusia ini mŭnchŭriekan.
MARKUS 10:6-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi sejak alam dicipta, Allah ‘telah menjadikan lelaki dan perempuan.’ ‘Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka berdua menjadi satu.’ Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu. Apa yang telah disatukan oleh Allah, janganlah manusia pisahkan.”