MARKUS 10:6-8
MARKUS 10:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi pada mula-mulanya, pada waktu Allah menciptakan manusia, ada dikatakan bahawa ‘Allah menjadikan mereka lelaki dan perempuan. Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya lalu bersatu dengan isterinya, dan kedua-duanya menjadi satu.’ Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang tetapi satu.
MARKUS 10:6-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Akan tŭtapi deripada pŭrmulaan kŭjadian, dijadikan Allah marika itu laki laki, dan pŭrampuan. Maka ulih sŭbab itulah manusia itu mŭninggalkan bapanya, dan ibunya, bŭrdampinglah iya dŭngan istrinya. Maka marika itu kaduanya akan mŭnjadi suatu daging, maka dŭngan hal yang dŭmkian bukannya lagi marika itu bŭrdua, mŭlainkan suatu daging adanya.