MARKUS 10:47-49
MARKUS 10:47-49 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila orang buta itu mendengar bahawa yang sedang lalu di situ adalah Yesus orang Nasaret, dia mula berseru, “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah hamba!” Orang ramai memarahi dia dan menyuruh dia diam. Tetapi lebih keras lagi dia berseru, “Anak Daud, kasihanilah saya!” Yesus berhenti lalu berkata, “Panggillah dia.” Mereka memanggil orang buta itu. “Jangan kecil hati!” kata mereka. “Bangunlah, Yesus memanggil kamu.”
MARKUS 10:47-49 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila didŭngarnya iya itu orang Nazareth, lalu mulielah iya bŭrtriak, dan bŭrkata, Isa anak Daud, kasihankanlah akan daku. Maka dipintalah ulih orang orang banyak itu mŭnyurohkan iya diam, tŭtapi makinlah iya bŭrtriak tŭrlalu banyak, Kasihankanlah akan daku, hie anak Daud. Maka Isa pun bŭrhŭntilah, maka disurohnya panggil akan dia. Maka dipanggil marika itu orang buta itu, katanya kapadanya, Hiborkanlah hatimu, bangunlah; dipanggil Tuan akan dikau.
MARKUS 10:47-49 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika dia mendengar bahawa yang lalu itu Yesus orang Nazaret, dia berseru, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!” Ramai orang memarahinya dan menyuruhnya diam, tetapi dia semakin kuat berseru, “Anak Daud, kasihanilah aku!” Oleh itu, Yesus berhenti dan memberikan perintah supaya dia dipanggil. Mereka pun memanggil orang buta itu sambil berkata, “Bergembiralah! Dan bangkitlah! Dia memanggilmu.”