MARKUS 10:42-44
MARKUS 10:42-44 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus memanggil mereka semua lalu berkata, “Kamu tahu bahawa para penguasa bangsa yang tidak mengenal Allah menindas rakyat. Para pemimpin mereka selalu menekan rakyat. Tetapi tidak demikian halnya dengan kamu. Jika seorang antara kamu hendak menjadi besar, dia harus melayani orang lain. Jika seorang antara kamu hendak menjadi yang pertama, dia harus menjadi hamba kamu semua.
MARKUS 10:42-44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi dipanggillah ulih Isa akan marika itu kapadanya, sambil bŭrkata, Kamu tahu, adapun orang orang yang tŭrpileh akan mŭmrentahkan orang orang sŭsat, dipŭrtuan atas marika itu, maka orang orang bŭsarnya mŭmŭgang kwasa atas marika itu. Tŭtapi janganlah kiranya jadi dŭmkian diantaramu, mŭlainkan barang siapa yang handak mŭnjadi bŭsar diantaramu, iya itu akan mŭnjadi khadammu. Maka barang siapa diantaramu yang handak mŭnjadi pŭnghulu, iya itu akan mŭnjadi hamba bagie skalian.
MARKUS 10:42-44 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi Yesus memanggil mereka kepada-Nya lalu berkata, “Kamu tahu bahawa orang yang dianggap sebagai pemerintah bangsa asing memerintah rakyat dengan kuku besi, dan orang besar melaksanakan kekuasaan ke atas mereka. Ini tidak harus berlaku dalam kalanganmu. Sesiapa yang ingin menjadi orang besar dalam kalanganmu mestilah melayan kamu. Sesiapa yang ingin menjadi orang yang pertama haruslah menjadi hamba kepada semua.