MARKUS 10:21-22
MARKUS 10:21-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Dengan penuh kasih Yesus memandang orang itu lalu berkata, “Tinggal satu perkara sahaja yang perlu kamu lakukan. Pergilah jual segala yang kamu miliki; berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian marilah, ikutlah Aku.” Apabila orang itu mendengar kata-kata Yesus, mukanya muram. Dia terus meninggalkan tempat itu dengan susah hati kerana dia sangat kaya.
MARKUS 10:21-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dipandang Isa, sŭrta kasih akan dia, sambil bŭrkata kapadanya, Suatu pŭrkara angkau ada korang; pŭrgilah jualkan barang sŭsuatu yang ada kapadamu, brikan kapada orang mŭskin, maka angkau akan dapat pŭrbandahran dalam shorga; marilah angkau, angkat salib, ikotlah aku. Maka duka chitalah iya sŭbab pŭrkataan itu, lalu pulanglah iya dŭngan duka chita; kŭrna adalah iya itu mŭnaroh harta tŭrlalu banyak.
MARKUS 10:21-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus memandangnya dengan penuh kasih lalu berkata, “Ada satu kekuranganmu. Pergilah, jual segala yang ada padamu dan sedekahkan kepada orang miskin, maka kamu akan mendapat harta di syurga. Sesudah itu datanglah dan ikut Aku.” Tetapi orang itu sedih mendengar kata-kata ini lalu pergi dengan dukacita, kerana dia mempunyai banyak harta.