MARKUS 1:9-12
MARKUS 1:9-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus datang dari Nasaret di negeri Galilea, lalu Yohanes membaptis Dia di Sungai Yordan. Sebaik sahaja Yesus keluar dari sungai itu, Dia nampak langit terbuka dan Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya. Lalu terdengarlah suara Allah, “Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku.” Roh Allah segera memimpin Yesus ke padang gurun.
MARKUS 1:9-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbarmula maka pada masa itu datanglah Isa deri Nazareth tanah Galilia, iya itu dibaptisakan ulih Yahya dalam sungie Jordan. Maka sŭrta iya kluar deri dalam ayer itu, dilihatnya langit tŭrbuka, maka Roh itu spŭrti sa’ekor mŭrpati turon kapadanya. Maka datanglah suatu suara deri langit, katanya, Angkaulah Anakku yang kukasihi, kapadamulah juga aku suka chita. Maka sŭbŭntar itu juga dibawalah ulih Roh akan dia kadalam padang bŭlantara.
MARKUS 1:9-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian Yesus datang dari Nazaret di Galilea, lalu dibaptiskan oleh Yohanes di Sungai Yordan. Ketika Yesus keluar dari sungai itu, Dia melihat langit terbuka dan Roh Kudus seperti burung merpati turun hinggap ke atas-Nya. Lalu kedengaran suara dari syurga: “Engkaulah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan.” Lantas, Roh memimpin Yesus ke gurun.