MARKUS 1:40-45
MARKUS 1:40-45 Alkitab Berita Baik (BM)
Seorang berpenyakit kulit yang mengerikan datang kepada Yesus. Orang itu berlutut dan memohon pertolongan-Nya. “Tuan, jika tuan sudi,” katanya, “tuan dapat menyembuhkan saya.” Yesus mengasihaninya. Dia pun menghulurkan tangan-Nya, lalu menjamah orang itu sambil berkata, “Aku mahu, sembuhlah!” Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi dan orang itu sembuh. Lalu Yesus menyuruh dia pergi sambil memperingatkan dia, “Dengarlah baik-baik, jangan beritahu sesiapa pun perkara ini. Tetapi pergilah kepada imam dan mintalah dia mengesahkan kesembuhanmu. Kemudian persembahkanlah korban seperti yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti kepada semua orang bahawa kamu betul-betul sudah sembuh.” Tetapi orang itu pergi dan mula menyebarkan berita itu di mana-mana. Dia terus-menerus menceritakan hal itu sehingga Yesus tidak dapat masuk ke bandar secara terang-terangan. Yesus tinggal di luar bandar di tempat-tempat yang sunyi, tetapi orang dari berbagai-bagai tempat datang kepada-Nya.

MARKUS 1:40-45 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Shahadan datanglah kapadanya sa’orang kusta mŭminta kapadanya, sambil bŭrtŭlot, katanya, Jikalau kiranya angkau kahandaki, bulihlah angkau mŭnyuchikan aku. Maka Isa pun bŭrbangkitlah kasih hatinya, dihulorkannya tangannya, lalu dijamahnya akan dia, katanya, Baiklah, jadjlah angkau suchi. Maka sŭtlah sudah iya bŭrkata kata itu, sŭbŭntar itu juga orang kusta itu pun undorlah deripadanya dŭngan sudah disuchikan. Maka sŭtlah sudah dipŭsaninya akan dia baik baik, lalu disuroh pŭrgi. Katanya kapadanya, Ingat angkau, janganlah angkau katakan kapada sa’orang jua pun, mŭlainkan angkau pŭrgilah unjokkanlah dirimu kapada imam, sŭrta buatlah korban kŭrna kŭsuchianmu itu, iya itu tŭlah dipŭsan ulih Musa akan mŭnjadi suatu saksi pada marika itu. Maka kluarlah iya mŭmulai mŭmashorkan khabar itu, sŭrta dipŭchahkannya bŭrkliling, sampielah Isa itu tiada bulih masok dŭngan sŭnangnya dalam nŭgri itu; akan tŭtapi adalah diluar ditŭmpat tŭmpat sunyi, maka datanglah juga marika itu mŭndapatkan dia deripada sagala fiak fiak.
MARKUS 1:40-45 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Seorang yang menghidap penyakit kusta datang kepada Yesus lalu berlutut meminta pertolongan-Nya. Katanya, “Jika Engkau mahu, Engkau dapat mentahirkanku.” Yesus berbelas kasihan lalu menghulurkan tangan-Nya menyentuh orang itu sambil berkata, “Aku mahu. Tahirlah!” Pada saat itu juga orang itu ditahirkan daripada penyakit kusta. Yesus segera menyuruhnya pergi dengan memberikan suatu peringatan keras: “Dengarlah, jangan beritahu sesiapa pun hal ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam serta persembahkan korban seperti yang diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka bahawa kamu sudah ditahirkan.” Tetapi orang itu menyebarkan hal itu merata-rata dan terus-menerus, sehingga Yesus tidak dapat masuk ke bandar terang-terangan. Yesus tinggal di luar kota di tempat-tempat yang lengang, namun orang dari pelbagai kawasan datang kepada-Nya.