MATIUS 9:35-36
MATIUS 9:35-36 Alkitab Berita Baik (BM)
Demikianlah Yesus pergi dari satu bandar ke bandar lain dan dari satu pekan ke pekan lain. Dia mengajar di rumah ibadat dan mengkhabarkan Berita Baik bahawa Allah akan memerintah. Dia menyembuhkan orang daripada berbagai-bagai penyakit. Apabila Dia melihat orang ramai itu, Dia mengasihani mereka kerana mereka risau dan tidak berdaya, seperti kawanan domba tanpa gembala.
MATIUS 9:35-36 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Sŭbarmula maka Isa pun mŭnjalanilah sagala nŭgri dan duson, sŭrta mŭngajar dalam kŭnisa kŭnisa, sambil mŭmashorkan Injil krajaan Allah, dan mŭnyŭmbohkan sagala jŭnis pŭnyakit, dan sagala jŭnis pŭnyakitan dalam kaum itu. Tŭtapi apabila dilihat Isa akan pŭrhimpunan orang itu, maka bŭrbangkitlah kasihan akan marika itu, sŭbab lŭlah, sŭrta dŭngan sŭsat baratnya, spŭrti domba yang tiada bŭrgombala adanya.
MATIUS 9:35-36 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Demikianlah Yesus berjalan, dari bandar ke bandar, dari pekan ke pekan. Dia mengajar di saumaah dan menyampaikan Injil tentang kerajaan Allah, serta menyembuhkan semua penyakit dan kesakitan. Apabila Yesus melihat orang yang ramai itu, Dia berbelas kasih terhadap mereka kerana mereka bimbang dan tidak berdaya, ibarat sekawan domba tanpa gembala.