MATIUS 8:16-17
MATIUS 8:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila hari sudah petang, orang ramai membawa banyak orang yang kerasukan roh jahat kepada Yesus. Yesus mengusir roh-roh jahat itu dengan sepatah kata sahaja. Dia juga menyembuhkan semua orang sakit. Yesus melakukan semua itu supaya berlakulah apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya, “Dia menanggung penderitaan kita dan menyembuhkan penyakit kita.”
MATIUS 8:16-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Sŭtlah pŭtang hari, maka dibawa oranglah kapadanya bŭbrapa orang yang tŭrkŭna jin, maka dibuangkannya sagala jin itu dŭngan pŭrkataannya juga, dan sagala orang yang sakit itu pun disŭmbohkannyalah. Maka supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih nabi Jasia, katanya, Bahwa iyalah juga yang mŭnanggong sagala kalŭmahan kami, sŭrta mŭnahan sagala kŭsakitan kami.
MATIUS 8:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah hari petang, ramai orang yang dirasuk roh iblis dibawa kepada Yesus. Dia menghalau roh-roh iblis itu dengan sepatah kata sahaja dan menyembuhkan semua yang sakit. Yesus melakukan semua itu supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya: “Dialah yang memikul kelemahan kita dan menanggung penyakit kita.”