MATIUS 7:7-12
MATIUS 7:7-12 Alkitab Berita Baik (BM)
“Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu. Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya; dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya. Bapa yang manakah akan memberikan batu kepada anaknya, apabila anaknya meminta roti? Bapa yang manakah akan memberikan ular, apabila anaknya meminta ikan? Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu. Lebih-lebih lagi Bapa kamu yang di syurga; Dia akan memberikan apa yang baik kepada mereka yang meminta daripada Dia! Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu untuk mereka. Inilah inti Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi.”
MATIUS 7:7-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Mintalah, maka akan dibri; charilah, maka kamu akan mŭndapat; kŭtoklah, maka akan dibukakan. Kŭrna barang siapa yang mŭminta, iya juga akan bŭrulih; dan barang siapa yang mŭnchari, iya juga akan mŭndapat; dan pada yang mŭngŭtok, akan dibukakan. Maka siapakah iya itu diantara kamu, jikalau anaknya mŭminta roti akan dia, adakah dibrinya batu padanya? Dan jika dipintanya ikan, adakah dibrinya ular padanya? Sŭbab itu jikalau kamu yang jahat itu tahu mŭmbri bŭnda bŭnda yang baik pada anakmu, istimewa pula ayahmu yang ada dishorga itu akan mŭmbri bŭnda yang baik kapada sagala orang yang mŭminta kapadanya. Maka sŭbab itu, barang apa yang kamu sukai orang bŭrbuat padamu, dŭmkianlah handaknya kamu pun bŭrbuat padanya, kŭrna pŭrkataan inilah jŭmlah tauret dan surat sagala nabi nabi.
MATIUS 7:7-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibuka untukmu. Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya. Bapa manakah akan memberikan batu kepada anaknya yang meminta roti? Bapa manakah akan memberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan? Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta daripada-Nya. Segala sesuatu yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka, kerana inilah ajaran Taurat dan nabi-nabi.”