MATIUS 7:24-29
MATIUS 7:24-29 Alkitab Berita Baik (BM)
“Setiap orang yang mendengar kata-kata-Ku ini dan menurutnya, dia seperti seorang bijak yang membina rumah di atas batu. Hujan turun, air sungai melimpah, dan angin kencang melanda rumah itu, tetapi rumah itu tidak roboh kerana berasaskan batu. Setiap orang yang mendengar kata-kata-Ku ini tetapi tidak menurutnya, dia seperti seorang bodoh yang membina rumah di atas pasir. Hujan turun, air sungai melimpah, dan angin kencang melanda rumah itu, lalu rumah itu roboh. Alangkah dahsyatnya kerosakan rumah itu!” Setelah Yesus mengatakan perkara-perkara tersebut, orang ramai sangat hairan dengan cara Dia mengajar. Dia mengajar dengan wibawa, bukan seperti guru Taurat mereka.
MATIUS 7:24-29 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu barang siapa yang sudah mŭnŭngar pŭrkataanku ini sŭrta dipŭrbuatnya akan dia, maka adalah iya itu kuumpamakan dŭngan sa’orang bijaksana yang tŭlah mŭmbangunkan rumahnya diatas sa’buah batu: Maka turonlah hujan lŭbat dan ayer pun bahlah, maka bŭrtiuplah angin lalu mŭnŭmpoh rumah itu, tiada juga iya ruboh, kŭrna iya itu tŭralas diatas batu adanya. Dan lagi barang siapa yang mŭnŭngar pŭrkataanku ini, maka tiada dipŭrbuatnya akan dia, maka iya itu diumpamakan dŭngan sa’orang bodoh yang tŭlah mŭmbangunkan rumahnya diatas pasir: Maka turonlah hujan lŭbat dan ayer pun bahlah, maka bŭrtiuplah angin lalu mŭnŭmpoh rumah itu, maka rubohlah iya, bŭsarlah kŭrubohannya itu! Adapun apabila habislah pŭrkataan Isa ini, maka tŭrchŭngang chŭnganglah marika itu ulih sŭbab pŭngajarannya itu. Kŭrna iya mŭngajar marika itu spŭrti orang yang mŭmpunyai kwasa adanya, maka bukannya spŭrti khatib khatib.
MATIUS 7:24-29 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bijak yang membina rumah di atas batu. Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, tetapi rumah itu tidak runtuh kerana berasaskan batu. Sesiapa yang mendengar tetapi tidak menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bodoh yang membina rumah di atas pasir. Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlah rumah itu, punah ranap!” Setelah selesai Yesus menyampaikan kata-kata itu, orang ramai itu kagum dengan ajaran-Nya kerana Dia mengajar dengan penuh wibawa, tidak seperti ahli Taurat mereka.