MATIUS 7:21-27
MATIUS 7:21-27 Alkitab Berita Baik (BM)
“Tidak semua orang yang memanggil Aku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan,’ akan menikmati Pemerintahan Allah, tetapi hanya orang yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga. Pada Hari Kiamat banyak orang akan berkata kepada-Ku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan, bukankah dengan nama Tuhan kami memberitakan perkhabaran Allah? Bukankah dengan nama Tuhan kami mengusir roh jahat, serta melakukan banyak mukjizat?’ Tetapi Aku akan menjawab, ‘Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, hai kamu yang tidak mentaati Allah!’ ” “Setiap orang yang mendengar kata-kata-Ku ini dan menurutnya, dia seperti seorang bijak yang membina rumah di atas batu. Hujan turun, air sungai melimpah, dan angin kencang melanda rumah itu, tetapi rumah itu tidak roboh kerana berasaskan batu. Setiap orang yang mendengar kata-kata-Ku ini tetapi tidak menurutnya, dia seperti seorang bodoh yang membina rumah di atas pasir. Hujan turun, air sungai melimpah, dan angin kencang melanda rumah itu, lalu rumah itu roboh. Alangkah dahsyatnya kerosakan rumah itu!”
MATIUS 7:21-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka bukannya sagala orang yang bŭrkata padaku, Ya Mulana, ya Mulana, iya itu bulih masok kadalam krajaan shorga, mŭlainkan orang yang bŭrbuat kahandak ayahku yang ada dishorga. Maka adalah pada hari itu kŭlak banyak orang akan bŭrkata padaku, Mulana, Mulana, bukankah dŭngan kwasa namamu kami tŭlah mŭngajar, dan dŭngan kwasa namamu juga kami tŭlah mŭmbuangkan bŭbrapa jin, dan dŭngan kwasa namamu juga kami tŭlah mŭngadakan bŭbrapa pŭrbuatan yang ajaib? Maka tŭtkala itu kŭlak aku akan bŭrkata pada marika itu, bahwa skali kali tiada kukŭnal kamu, lalulah deri hadapanku hie orang yang bŭrbuat jahat. Maka sŭbab itu barang siapa yang sudah mŭnŭngar pŭrkataanku ini sŭrta dipŭrbuatnya akan dia, maka adalah iya itu kuumpamakan dŭngan sa’orang bijaksana yang tŭlah mŭmbangunkan rumahnya diatas sa’buah batu: Maka turonlah hujan lŭbat dan ayer pun bahlah, maka bŭrtiuplah angin lalu mŭnŭmpoh rumah itu, tiada juga iya ruboh, kŭrna iya itu tŭralas diatas batu adanya. Dan lagi barang siapa yang mŭnŭngar pŭrkataanku ini, maka tiada dipŭrbuatnya akan dia, maka iya itu diumpamakan dŭngan sa’orang bodoh yang tŭlah mŭmbangunkan rumahnya diatas pasir: Maka turonlah hujan lŭbat dan ayer pun bahlah, maka bŭrtiuplah angin lalu mŭnŭmpoh rumah itu, maka rubohlah iya, bŭsarlah kŭrubohannya itu!
MATIUS 7:21-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Tidak semua orang yang memanggil-Ku, ‘Tuhan, Tuhan,’ akan memasuki kerajaan syurga, tetapi hanya mereka yang melaksanakan kehendak Bapa-Ku yang di syurga. Pada hari itu ramai orang akan berkata kepada-Ku, ‘Tuhan, Tuhan, bukankah kami telah bernubuat dengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukan mukjizat dengan nama-Mu?’ Tetapi Aku akan menjawab, ‘Aku tidak mengenalmu. Nyahlah kamu dari sini, hai kamu yang mungkar.’ ” “Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bijak yang membina rumah di atas batu. Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, tetapi rumah itu tidak runtuh kerana berasaskan batu. Sesiapa yang mendengar tetapi tidak menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bodoh yang membina rumah di atas pasir. Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlah rumah itu, punah ranap!”