MATIUS 7:13-14
MATIUS 7:13-14 Alkitab Berita Baik (BM)
“Masuklah melalui pintu yang sempit, kerana pintu dan jalan yang menuju ke neraka itu lebar dan lapang! Banyak orang yang mengambil jalan itu. Tetapi pintu dan jalan yang menghala ke hidup sejati itu sempit dan susah. Hanya sedikit orang yang mendapati jalan itu.”
MATIUS 7:13-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka masoklah kamu dipintu yang sŭmpit, kŭrna luaslah pintu, dan lebarlah jalan, yang mŭmbawa kapada kabinasaan, maka banyaklah orang yang masok kasitu: Bahwa sŭmpitlah pintu, dan sŭsaklah jalan, yang mŭmbawa kapada hidup kŭkal, maka sŭdikit juga orang yang mŭndapat dia.
MATIUS 7:13-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Masuklah melalui pintu yang sempit, kerana pintu gerbang dan jalan menuju kebinasaan itu lebar dan luas, maka ramai orang yang memilihnya. Sebaliknya, pintu dan jalan ke hidup kekal itu sempit dan sukar. Hanya segelintir orang yang menjumpainya.”