MATIUS 6:7-15
MATIUS 6:7-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila kamu berdoa, jangan gunakan banyak kata yang tidak bererti seperti yang dilakukan orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka bahawa Allah akan mendengarkan permintaan mereka kerana doa mereka panjang. Jangan berbuat seperti mereka. Bapa kamu mengetahui apa yang kamu perlukan, sebelum kamu memintanya. Sepatutnya kamu berdoa begini, ‘Ya Bapa kami yang di syurga, Engkaulah Allah yang Esa, semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati. Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini. Ampunkanlah kesalahan kami, seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami. Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai, tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat. [Engkaulah Raja yang berkuasa dan mulia untuk selama-lamanya. Amin.]’ Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadap kamu, Bapa kamu yang di syurga pun akan mengampunkan kesalahan kamu. Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang lain, Bapa kamu yang di syurga tidak akan mengampunkan kesalahan kamu juga.”
MATIUS 6:7-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila kamu mŭminta doa, janganlah mŭngulang ulangi pŭrkataan yang sia sia spŭrti orang sŭsat, kŭrna pada sangka marika itu, supaya ditrima Allah sŭbab banyak pŭrkataan. Maka sŭbab itu, janganlah kamu turot kalakuan marika itu, kŭrna ayahmu itu mŭngtahui iya akan barang pŭrkara yang bŭrguna padamu, iya itu tŭrdahulu deripada kamu mŭminta kapadanya. Sŭbab itu handaklah kamu mŭminta doa dŭmkian bunyinya: Ayah kami yang ada dishorga, tŭrmulialah kiranya namamu; Luaslah kiranya krajaanmu, kahandakmu bŭrlakulah diatas bumi ini spŭrti dalam shorga; Brilah kiranya akan kami pada hari ini rŭzki yang chukop; Dan ampunilah kiranya sagala salah kami spŭrti kami mŭngampuni kasalahan orang lain pada kami; Maka janganlah kiranya masokkan kami kadalam pŭrchobaan, mŭlainkan lŭpaskanlah kami deripada yang jahat, kŭrna augkaulah yang ampunya krajaan, dan kuasa, dan kamuliaan, pada slama lamanya. Amin. Kŭrna jikalau kamu mŭngampuni kasalahan orang lain, maka ayahmu yang ada dishorga pun akan mŭngampuni pula kasalahanmu. Tŭtapi jikalau tiada kamu mŭngampuni kasalahan orang lain, maka ayahmu pun tiada akan mŭngampuni kasalahanmu.
MATIUS 6:7-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika berdoa, jangan curah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, seperti orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka Allah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doa mereka itu panjang. Jangan berbuat seperti mereka. Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamu memohonnya. Berdoalah demikian: ‘Ya Bapa kami yang di syurga, sucilah nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga. Berilah kami makanan untuk hari ini. Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami. Janganlah biarkan kami tergoda, tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.’ Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkan kesalahanmu juga. Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.”