MATIUS 6:28-34
MATIUS 6:28-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Mengapa kamu khuatir tidak mempunyai cukup pakaian? Lihatlah bunga-bunga di padang, yang tidak bekerja atau menenun. Tetapi Raja Salomo dengan segala kekayaannya pun tidak berpakaian seindah bunga-bunga itu! Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang ada hari ini lalu esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberi kamu pakaian? Tetapi kamu kurang percaya kepada Allah! Jangan khuatir tentang apa yang akan kamu makan, atau apa yang akan kamu minum, atau apa yang akan kamu pakai. Semua perkara itu sentiasa dikhuatiri orang yang tidak mengenal Allah. Bapa kamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu. Oleh itu, jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi.”
MATIUS 6:28-34 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan mŭngapa angkau mŭnaroh fikiran derihal pakieanmu? Maka timbangkanlah akan hal bunga bunga lili dipadang, bagimana iya bŭrtumboh, tiada iya bŭrusaha, dan tiada iya mŭmintal bŭnang. Maka aku bŭrkata padamu, bahwa sungguh pun Sulieman dŭmkian bŭsar kamuliaanya, tiada bŭrpŭrhiasan spŭrti pŭrhiasan sa’kuntom bunga itu. Adapun jikalau dŭmkianlah dihiasi Allah akan rumput rumputan dipadang, iya itu yang pada hari ini ada, maka esoknya dichampakkanka dalam dapur; bahwa bukankah tŭrutama pula iya mŭmbri pakiean akan kamu itu, hie orang yang korang iman? Sŭbab itu janganlah kamu mŭnaroh fikiran sambil bŭrkata, apakah yang handak kami makan, atau apakah yang handak kami minum, atau apakah yang handak kami pakie? Kŭrna sagala pŭrkara inilah dituntut ulih orang sŭsat, kŭrna ayahmu yang ada dishorga itu mŭngtahui iya akan sagala pŭrkara yang bŭrguna padamu. Tŭtapi charilah kamu dahulu krajaan Allah sŭrta dŭngan kabŭnarannya, maka sagala pŭrkara itu akan ditambahi pada kamu. Sŭbab itu janganlah kamu mŭnaroh fikiran akan hari esok itu, kŭrna esok itu ada mŭnaroh fikiran derihal dirinya sŭndiri; maka chukoplah pada sa’hari itu dŭngan kasusahannya sŭndiri.
MATIUS 6:28-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jadi, mengapakah kamu risau tentang pakaian? Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja atau bertenun. Namun demikian, Aku berkata kepadamu: Raja Salomo dengan segala kemegahannya pun tidak berpakaian seindah bunga itu. Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang wujud hari ini dan esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberimu pakaian? Begitu tipis kepercayaanmu! Jangan runsing tentang makanan, minuman atau pakaianmu. Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah mencari hal-hal ini. Akan tetapi, bapamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu. Oleh itu, jangan khuatir tentang hari esok, kerana hari esok akan khuatir tentang hal-halnya sendiri. Setiap hari sudah cukup dengan kesusahan sehari.”