MATIUS 6:16-21
MATIUS 6:16-21 Alkitab Berita Baik (BM)
“Apabila kamu berpuasa, jangan bermuka muram seperti orang munafik. Mereka kelihatan menderita, sehingga semua orang tahu bahawa mereka berpuasa. Ketahuilah, mereka sudah menerima ganjaran. Apabila kamu berpuasa, basuhlah muka dan sikatlah rambut, supaya orang tidak tahu bahawa kamu berpuasa. Biarlah hanya Bapamu yang tidak kelihatan itu yang tahu. Bapamu melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan kamu akan menerima pahala daripada Dia.” “Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di situ gegat dan karat merosakkannya, dan pencuri datang untuk mencurinya. Kumpulkanlah harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya, dan pencuri tidak datang untuk mencurinya. Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu!”
MATIUS 6:16-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Danlagi pula apabila kamu puasa, janganlah kamu mŭnurot kalakuan orang munafik dŭngan masam muka, kŭrna marika itu mŭngubahkan rupa mukanya, supaya dilihat ulih orang iya puasa; maka sasungguhnya aku bŭrkata padamu, itulah yang didapati ulih marika itu fahalanya. Adapun apabila angkau puasa, handaklah angkau mŭmakie minyak kapalamu, sŭrta mŭmbasoh mukamu; Supaya jangan rupamu klihatan kapada orang angkau puasa, mŭlainkan biarlah dilihat ulih ayahmu yang tiada klihatan, maka ayahmu yang mŭlihat sagala pŭrkara yang tŭrsŭmbunyi itu, maka iyalah juga akan mŭmbalas padamu nyata nyata. ¶ Maka janganlah kamu simpan bagiemu harta diatas bumi, iya itu ditŭmpat gŭgat dan karat mŭmbinasakan, dan ditŭmpat pŭnchuri mŭngorek lalu mŭnchuri. Tŭtapi simpanlah hartamu dalam shorga, iya itu ditŭmpat yang tiada bŭrgŭgat dan karat mŭmbinasakan, dan tiada pula pŭnchuri mŭngorek atau mŭnchuri. Kŭrna barang dimana ada hartamu, maka disitulah juga ada hatimu.
MATIUS 6:16-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Apabila kamu berpuasa, jangan tunjukkan muka lesu seperti orang munafik. Mereka memperlihatkan wajah menderita supaya semua orang tahu mereka berpuasa. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mereka itu sudah pun mendapat ganjaran mereka. Ketika berpuasa, minyakilah kepalamu dan basuhlah muka supaya orang tidak tahu kamu berpuasa. Biarlah puasamu hanya diketahui oleh Bapamu yang tidak dapat dilihat dengan mata. Bapamu melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan memberikan ganjaran kepadamu.” “Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di sini gegat dan karat merosakkannya serta pencuri memecah masuk untuk mencurinya. Kumpulkan harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya serta pencuri tidak memecah masuk untuk mencurinya. Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu.”