MATIUS 5:9,13-16
MATIUS 5:9 Alkitab Berita Baik (BM)
Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya!
MATIUS 5:13-16 Alkitab Berita Baik (BM)
“Kamu bagaikan garam dunia. Jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. Garam seperti itu tidak berguna lagi, selain dibuang dan dipijak-pijak orang. Kamu bagaikan cahaya bagi dunia. Kota yang terletak di atas bukit tidak dapat disembunyikan. Tidak seorang pun memasang pelita lalu menaruhnya di bawah pasu, tetapi dia akan meletakkannya di atas kaki pelita supaya memberikan cahaya kepada setiap orang di dalam rumah. Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga.”
MATIUS 5:9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrbahgialah sagala orang yang mŭndamiekan orang: kŭrna marika itulah akan dinamai anak anak Allah.
Injil Mathius 5:13-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka kamu inilah spŭrti garam didunia ini: tŭtapi jikalau kiranya tawarlah garam itu, bagimanakah grangan bulih pulang samula, sŭbab itu suatu pun tiada apa gunanya lagi, mŭlainkan dibuangkan, iya itu dipijak pijak ulih manusia. Maka kamu inilah spŭrti trang didunia ini, adapun nŭgri yang dipŭrbuat diatas sa’buah bukit itu, tiada bulih disŭmbunyikan. Atau pun tiada pŭrnah orang mŭmasang dian, ditudongkannya dibawah suatu bŭkas, mŭlainkan diatas kaki dian juga, supaya iya mŭnŭrangkan sagala orang yang dalam rumah itu. Maka biarlah kiranya trangmu bŭrchahya dihadapan manusia, maka apabila dilihatnya akan sagala pŭrbuatanmu yang baik itu, supaya dipŭrmuliakannya ayahmu yang ada dishorga.
MATIUS 5:9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.
Matius 5:13-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Kamu ialah garam bumi. Jika garam menjadi tawar, tidak mungkinlah masin semula. Tidaklah berguna lagi, hanya layak dibuang dan dipijak orang. Kamu ialah cahaya dunia ini. Kota di atas bukit tidak mungkin tersembunyi. Tiada siapa memasang pelita lalu menyorokkannya di bawah pasu; tentu dia meletakkannya di atas kaki pelita untuk menerangi seisi rumah. Biarlah cahayamu juga bersinar di hadapan orang ramai, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik lalu memuji Bapamu yang di syurga.”