MATIUS 5:31-32
MATIUS 5:31-32 Alkitab Berita Baik (BM)
“Ada juga ajaran yang mengatakan, ‘Sesiapa menceraikan isterinya, hendaklah orang itu memberikan surat cerai kepadanya.’ Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa menceraikan isterinya kecuali kerana perzinaan, orang itu membuat isterinya berzina jika wanita ini berkahwin lagi. Orang yang mengahwini wanita yang diceraikan itu, berzina juga.”
MATIUS 5:31-32 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tŭlah dikatakan, barang siapa handak bŭrchŭrie dŭngan istrinya, bahwa patutlah iya mŭmbri surat chŭrie kapadanya; Tŭtapi aku bŭrkata padamu, bahwa barang siapa yang bŭrchŭrie dŭngan istrinya kachuali sŭbab zinah, maka iya itu mŭndatangkan sŭbab kapada pŭrampuan itu bŭrbuat zinah, dan barang siapa pula kahwin dŭngan pŭrampuan yang bŭrchŭrie itu, maka iya pun bŭrbuat zinah juga adanya.
MATIUS 5:31-32 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Ada ajaran demikian: ‘Sesiapa menceraikan isterinya hendaklah memberinya surat cerai.’ Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang menceraikan isterinya kecuali kerana zina, menyebabkan wanita tersebut berzina jika berkahwin lagi; dan sesiapa berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu, dia berzina.”