MATIUS 5:3-6
MATIUS 5:3-6 Alkitab Berita Baik (BM)
“Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah! Berbahagialah orang yang bersedih hati, Allah akan menghiburkan mereka! Berbahagialah orang yang rendah hati, mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah! Berbahagialah orang yang betul-betul mahu melakukan kehendak Allah, Allah akan memuaskan mereka!
MATIUS 5:3-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrbahgialah sagala orang yang rŭndah hatinya: kŭrna marika itulah yang mŭmpunyai krajaan shorga. Bŭrbahgialah sagala orang yang duka chita: kŭrna marika itu juga akan dihiburkan. Bŭrbahgialah sagala orang yang lŭmah lŭmbut hatinya: kŭrna marika itu juga mŭmpusakai tanah. Bŭrbahgialah sagala orang yang lapar dan dahaga akan kabŭnaran: kŭrna marika itu juga akan dikŭnyangkan.
MATIUS 5:3-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan.