MATIUS 5:3-16

MATIUS 5:3-16 Alkitab Berita Baik (BM)

“Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah! Berbahagialah orang yang bersedih hati, Allah akan menghiburkan mereka! Berbahagialah orang yang rendah hati, mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah! Berbahagialah orang yang betul-betul mahu melakukan kehendak Allah, Allah akan memuaskan mereka! Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain, Allah juga akan mengasihani mereka! Berbahagialah orang yang murni hati, mereka akan mengenal Allah! Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya! Berbahagialah orang yang menderita penganiayaan kerana melakukan kehendak Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah! Berbahagialah kamu apabila orang menghina, menganiaya, dan memfitnah kamu kerana kamu pengikut-Ku. Nabi-nabi zaman dahulu juga dianiaya seperti itu. Bersukacitalah dan bergembiralah, kerana Allah sudah menyediakan pahala yang besar di syurga untuk kamu.” “Kamu bagaikan garam dunia. Jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. Garam seperti itu tidak berguna lagi, selain dibuang dan dipijak-pijak orang. Kamu bagaikan cahaya bagi dunia. Kota yang terletak di atas bukit tidak dapat disembunyikan. Tidak seorang pun memasang pelita lalu menaruhnya di bawah pasu, tetapi dia akan meletakkannya di atas kaki pelita supaya memberikan cahaya kepada setiap orang di dalam rumah. Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga.”

MATIUS 5:3-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Bŭrbahgialah sagala orang yang rŭndah hatinya: kŭrna marika itulah yang mŭmpunyai krajaan shorga. Bŭrbahgialah sagala orang yang duka chita: kŭrna marika itu juga akan dihiburkan. Bŭrbahgialah sagala orang yang lŭmah lŭmbut hatinya: kŭrna marika itu juga mŭmpusakai tanah. Bŭrbahgialah sagala orang yang lapar dan dahaga akan kabŭnaran: kŭrna marika itu juga akan dikŭnyangkan. Bŭrbahgialah sagala orang yang bŭrhati kasihan: kŭrna marika itulah juga akan mŭndapat kasihan. Bŭrbahgialah sagala orang yang suchi hatinya: kŭrna marika itulah akan mŭmandang Allah. Bŭrbahgialah sagala orang yang mŭndamiekan orang: kŭrna marika itulah akan dinamai anak anak Allah. Bŭrbahgialah sagala orang yang tŭrannyaya sŭbab iya mŭnurut yang bŭnar: kŭrna marika itulah yang mŭmpunyai krajaan shorga. Bŭrbahgialah kamu apabila diumpat orang akan kamu, dan diannyayainya kamu, sŭrta mŭngatakan sagala jŭnis jŭnis pŭrkataan jahat dŭngan bohongnya, iya itu deri sŭbab aku. Bŭrsuka sukalah kamu dŭngan suka chita yang amat sangat: bahwa bŭsarlah fahalamu dalam shorga, kŭrna dŭmkianlah juga sagala nabi nabi yang dahulu dahulu deripada kamu itu pun tŭlah diannyayakan orang adanya. ¶ Maka kamu inilah spŭrti garam didunia ini: tŭtapi jikalau kiranya tawarlah garam itu, bagimanakah grangan bulih pulang samula, sŭbab itu suatu pun tiada apa gunanya lagi, mŭlainkan dibuangkan, iya itu dipijak pijak ulih manusia. Maka kamu inilah spŭrti trang didunia ini, adapun nŭgri yang dipŭrbuat diatas sa’buah bukit itu, tiada bulih disŭmbunyikan. Atau pun tiada pŭrnah orang mŭmasang dian, ditudongkannya dibawah suatu bŭkas, mŭlainkan diatas kaki dian juga, supaya iya mŭnŭrangkan sagala orang yang dalam rumah itu. Maka biarlah kiranya trangmu bŭrchahya dihadapan manusia, maka apabila dilihatnya akan sagala pŭrbuatanmu yang baik itu, supaya dipŭrmuliakannya ayahmu yang ada dishorga.

MATIUS 5:3-16

MATIUS 5:3-16 BMMATIUS 5:3-16 BMMATIUS 5:3-16 BMMATIUS 5:3-16 BM