MATIUS 5:3-10
MATIUS 5:3-10 Alkitab Berita Baik (BM)
“Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah! Berbahagialah orang yang bersedih hati, Allah akan menghiburkan mereka! Berbahagialah orang yang rendah hati, mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah! Berbahagialah orang yang betul-betul mahu melakukan kehendak Allah, Allah akan memuaskan mereka! Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain, Allah juga akan mengasihani mereka! Berbahagialah orang yang murni hati, mereka akan mengenal Allah! Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya! Berbahagialah orang yang menderita penganiayaan kerana melakukan kehendak Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!
MATIUS 5:3-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrbahgialah sagala orang yang rŭndah hatinya: kŭrna marika itulah yang mŭmpunyai krajaan shorga. Bŭrbahgialah sagala orang yang duka chita: kŭrna marika itu juga akan dihiburkan. Bŭrbahgialah sagala orang yang lŭmah lŭmbut hatinya: kŭrna marika itu juga mŭmpusakai tanah. Bŭrbahgialah sagala orang yang lapar dan dahaga akan kabŭnaran: kŭrna marika itu juga akan dikŭnyangkan. Bŭrbahgialah sagala orang yang bŭrhati kasihan: kŭrna marika itulah juga akan mŭndapat kasihan. Bŭrbahgialah sagala orang yang suchi hatinya: kŭrna marika itulah akan mŭmandang Allah. Bŭrbahgialah sagala orang yang mŭndamiekan orang: kŭrna marika itulah akan dinamai anak anak Allah. Bŭrbahgialah sagala orang yang tŭrannyaya sŭbab iya mŭnurut yang bŭnar: kŭrna marika itulah yang mŭmpunyai krajaan shorga.
MATIUS 5:3-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur. Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini. Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan. Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka.