MATIUS 5:17-18
MATIUS 5:17-18 Alkitab Berita Baik (BM)
“Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku. Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik atau huruf yang terkecil sekalipun di dalam Taurat, tidak akan dihapuskan jika semuanya belum berlaku.
MATIUS 5:17-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Bahwasanya janganlah kamu kirakan, aku datang ini handak mŭrosakkan hukum taurat, atau surat nabi nabi, aku tiada datang mŭrosakkan, mŭlainkan mŭnggŭnapi. Kŭrna sasungguhnya aku bŭrkata kapada kamu, sahingga langit dan bumi ini lŭnyap skali pun, nŭschaya tiada akan bŭrkorangan skali kali suatu nokta, atau kuman deripada hukum taurat, sampielah samuanya digŭnapi juga.
MATIUS 5:17-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Jangan sangka Aku datang untuk menghapuskan Taurat dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan tetapi untuk menunaikan segala-galanya. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, selagi ada langit dan bumi, satu titik atau huruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Taurat sebelum semuanya ternyata berlaku.