MATIUS 5:1-4
MATIUS 5:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila Yesus melihat orang ramai itu, Dia naik ke bukit lalu duduk. Pengikut-pengikut-Nya berkumpul di sekeliling-Nya, lalu Dia mula mengajar mereka: “Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah! Berbahagialah orang yang bersedih hati, Allah akan menghiburkan mereka!
MATIUS 5:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BŬRMULA maka apabila dilihat ulih Isa akan pŭrhimpunan orang banyak itu, maka naiklah iya ka’atas sa’buah bukit, sŭtlah iya dudok, lalu datanglah murid muridnya mŭnghampiri akan dia. Shahadan maka dibukanya mulotnya sŭrta mŭngajar marika itu; katanya, Bŭrbahgialah sagala orang yang rŭndah hatinya: kŭrna marika itulah yang mŭmpunyai krajaan shorga. Bŭrbahgialah sagala orang yang duka chita: kŭrna marika itu juga akan dihiburkan.
MATIUS 5:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. Dia pun mula mengajar mereka: “Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga. Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur.