MATIUS 4:5-7
MATIUS 4:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Iblis membawa Yesus ke Yerusalem, kota suci itu, lalu meletakkan Dia di puncak Rumah Tuhan. Iblis berkata kepada Yesus, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah, kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Allah akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya menjaga Engkau; malaikat akan menyambut Engkau dengan tangan, supaya kaki-Mu tidak terhantuk pada batu.’ ” Yesus menjawab, “Tetapi di dalam Alkitab tertulis juga, ‘Janganlah cubai Tuhan Allahmu.’ ”
MATIUS 4:5-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭtlah itu lalu diambil Iblis akan Isa pula, dibawanya pŭrgi kaBethalmukadis, sŭrta didirikannya akan dia diatas bumbongan ka’abah; Maka katanya pula pada Isa, Jikalau kiranya angkau anak Allah, tŭrjunkanlah dirimu kabawah, kŭrna sudah tŭrsurat, Bahwa Allah akan bŭrfŭrman kapada sagala maliekatnya deri halmu, maka akan ditatangnya dikau diatas tangannya supaya jangan tŭrantak kakimu pada batu. Maka bŭrkata Isa padanya, Bahwa tŭlah tŭrsurat pula, maka janganlah angkau mŭnchobai Tuhan Allahmu itu.
MATIUS 4:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu, Iblis membawa Yesus ke kota suci lalu meletakkan-Nya di puncak Bait Suci dan berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah, kerana telah tersurat: ‘Tentang-Mu, Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.’ ” Yesus menjawab, “Tetapi telah tersurat: ‘Janganlah engkau menduga Tuhan, Allahmu.’ ”