MATIUS 4:18-19
MATIUS 4:18-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Sementara Yesus berjalan di tepi Tasik Galilea, Dia nampak dua orang nelayan: Simon (yang juga disebut Petrus) dengan adiknya, Andreas. Mereka sedang menjala ikan di tasik. Yesus berkata kepada mereka, “Ikutlah Aku. Aku akan mengajar kamu menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku.”
MATIUS 4:18-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka apabila Isa bŭrjalan ditŭpi pantie tasik Galilia itu, lalu dilihatnya dua orang bŭrsaudara, iya itu Simon yang bŭrgŭlar Petrus, dau Andria saudaranya, marika itu mŭmbuang pukat dalam tasik itu, kŭrna marika itu pŭmukat. Maka bŭrkatalah Isa padanya, Marilah kamu mŭngikot aku, kŭrna aku handak mŭnjadikan kamu pŭmukat manusia.
MATIUS 4:18-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika Yesus berjalan di pinggir Laut Galilea, Dia ternampak dua orang saudara, iaitu Simon, yang juga dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas. Mereka sedang menebarkan jala di danau kerana mereka nelayan. Yesus berkata kepada mereka, “Ikutlah Aku dan Aku akan menjadikan kamu penjala insan.”