MATIUS 4:1-4
MATIUS 4:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus dipimpin oleh Roh Allah ke padang gurun supaya dicubai oleh Iblis. Setelah berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam, Yesus lapar. Lalu Iblis datang dan berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, perintahlah batu-batu ini menjadi roti.” Yesus menjawab, “Di dalam Alkitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang difirmankan oleh Allah.’ ”
MATIUS 4:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
KUMDIAN deripada itu, maka Isa pun dibawalah ulih Roh pŭrgi kapada suatu padang bŭlantara, supaya dichobai ulih Iblis akan dia. Hata maka puasalah iya ampat puloh hari ampat puloh malam, kumdian deripada itu, bahrulah iya lapar. Maka Iblis itupun datanglah kapadanya sambil bŭrkata, Jikalau kiranya angkau anak Allah, maka surohkanlah batu batu ini mŭnjadi roti. Tŭtapi jawab Isa, katanya, Bahwa tŭlah tŭrsurat, bukannya manusia ini bulih hidop dŭngan makan roti sahja, mŭlainkan ulih tiap tiap pŭrkataan yang tŭrbit deripada mulot Allah.
MATIUS 4:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah itu, Yesus dibawa oleh Roh ke gurun untuk digoda Iblis. Setelah Yesus berpuasa empat puluh hari empat puluh malam, Dia berasa kelaparan. Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, “Jika Engkau Anak Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.” Yesus menjawab, “Telah tersurat: ‘Manusia hidup bukan dengan roti sahaja tetapi dengan setiap firman yang keluar daripada mulut Allah.’ ”