MATIUS 3:13-17
MATIUS 3:13-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada masa itu Yesus meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan. Di situ Dia menemui Yohanes dan minta supaya dibaptis olehnya. Tetapi Yohanes cuba menolak permintaan itu. Dia berkata, “Sayalah yang seharusnya dibaptis oleh Tuan. Tetapi Tuan pula yang datang kepada saya!” Tetapi Yesus menjawab, “Untuk sekarang ini biarlah demikian, kerana dengan jalan ini kita akan melaksanakan segala yang dikehendaki oleh Allah.” Yohanes pun bersetuju. Setelah Yesus dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Yesus nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya. Kemudian terdengar suara Allah berfirman, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku.”
MATIUS 3:13-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Bŭrmula maka Isa pun datanglah deri Galilia kaJordan kapada Yahya, supaya dibaptiskan ulih Yahya akan dia. Tŭtapi ditŭgahkan ulih Yahya, katanya, Bahwa patutlah hamba ini angkau baptiskan, skarang angkaukah datang kapada hamba? Maka disahut Isa sambil bŭrkata, Biarkanlah skarang, kŭrna dŭmkianlah yang patut pada kita mŭnggŭnapi sagala surohan. Hata maka diluluskannya itu. Sŭbarmula sŭtlah sudah Isa dibaptiskan itu, maka naiklah iya deri dalam ayer, hieran, tŭrbukalah langit bagienya, maka dilihatnya Roh Allah pun turon spŭrti sa’ekor mŭrpati rupanya mŭnghinggap diatasnya. Hieran, maka suatu suara deri langit bŭrkata, Bahwa inilah anakku yang kukasih, maka akan dialah juga aku suka chita.
MATIUS 3:13-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika itu, Yesus meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan untuk dibaptiskan oleh Yohanes. Akan tetapi, Yohanes cuba menolak dengan berkata, “Sepatutnya Engkau yang membaptisku. Ini Engkau pula datang kepadaku!” Tetapi Yesus menjawab, “Biarkanlah demikian untuk sekarang, kerana dengannya kita akan menunaikan segala perbenaran.” Yohanes pun patuh. Setelah dibaptiskan, Yesus keluar dari air dengan segera. Lalu terbukalah langit dan Dia melihat Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya. Kemudian kedengaran suara dari syurga, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.”