MATIUS 3:10-12
MATIUS 3:10-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Kapak sudah tersedia untuk menebang pokok hingga ke akarnya. Tiap-tiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang dan dibuang ke dalam api. Aku membaptis kamu dengan air untuk menyatakan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa. Tetapi Dia yang datang kemudian daripada aku akan membaptis kamu dengan Roh Allah dan api. Dia lebih besar daripada aku, sehingga menjinjing kasut-Nya pun aku tidak layak. Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang, tetapi Dia akan membakar sekam di dalam api yang tidak dapat padam.”
MATIUS 3:10-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka skarang inipun tŭlah sŭdialah mata kapak diakar pohon kayu, sŭbab itu barang suatu pohon kayu yang tiada bŭrbuah yang baik, iya itu ditŭbang dibuangkan kadalam api. Maka sungguh pun aku baptiskan kamu dŭngan ayer akan bŭrtaubat, tŭtapi orang yang datang kŭlak kŭmdian deripadaku, tŭrlebih kuasanya deripadaku, maka aku ini tiada layak mŭngangkat trompanya, maka iyalah kŭlak akan mŭmbaptiskan kamu dŭngan Roh Alkudus dan api. Nyiru ada ditangannya, maka iya kŭlak akan mŭnyuchikan sagala anta gandomnya, lalu dikumpulkannya masok gandomnya kadalam langguan; tŭtapi sŭkam itu dibakarnya habis habis dŭngan api yang tiada padam.
MATIUS 3:10-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kapak sudah terletak pada akar umbi pokok. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang dan dihumbankan ke dalam api. Aku membaptismu dengan air untuk menunjukkan bahawa kamu telah bertaubat. Tetapi Dia yang datang selepasku akan membaptismu dengan Roh Kudus dan api; Dia lebih berkuasa daripadaku; membawakan kasut-Nya pun aku tidak layak. Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan membersihkan tempat pembantingan dan mengumpulkan gandum di dalam jelapang-Nya tetapi sekam akan dibakar-Nya di dalam api yang tidak dapat dipadamkan.”