MATIUS 27:62-66
MATIUS 27:62-66 Alkitab Berita Baik (BM)
Keesokan harinya, pada hari Sabat, ketua-ketua imam dan orang Farisi pergi menghadap Pilatus. Mereka berkata, “Tuan, kami ingat bahawa semasa penipu itu masih hidup, dia pernah berkata, ‘Selepas tiga hari Aku akan dibangkitkan.’ Oleh itu suruhlah orang mengawal kubur itu baik-baik sehingga hari ketiga. Dengan demikian pengikut-pengikutnya tidak dapat mencuri jenazah Yesus, dan memberitahu orang bahawa dia telah dibangkitkan daripada kematian. Penipuan yang terakhir ini akan lebih buruk daripada yang pertama.” “Bawalah beberapa orang askar,” kata Pilatus kepada mereka, “pergilah dan kawallah kubur itu dengan rapi.” Lalu mereka pergi ke kubur itu, memeteraikan batu penutup kubur dan menyuruh beberapa orang askar mengawal kubur itu.
MATIUS 27:62-66 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka pada kaesokkan harinya turutan hari bŭrsŭdia akan hari bŭsar, maka imam imam yang bŭsar, dan orang Farisia pun bŭrkumpollah mŭngadap Pilatus. Katanya, Ya Tuan, bahwa kami skalian tŭringat, adapun orang pŭnipu itu tŭlah bŭrkata tŭtkala iya lagi hidop, Maka kumdian deripada tiga hari aku akan hidop pula. Sŭbab itu handaklah angkau surohkan mŭnjaga kubornya sampie hari yang katiga, kalau kalau murid muridnya datang mŭnchuri akan dia pada malam, lalu bŭrkata pada kaum itu, iya sudah hidop deripada matinya; maka salah yang tŭrkumdian itu tŭrlebih pula jahatnya deripada yang pŭrtama. Maka bŭrkatalah Pilatus pada marika itu, Orang yang bŭrkawal itu ada kapadamu juga, pŭrgilah kamu kawali dia dŭngan sŭbulih bulihnya. Hata maka marika itu pun pŭrgilah mŭnŭgohkan kubor itu, maka dimutriekan batu tutop kubor itu, sŭrta disurohkannya lashkar bŭrkawal.
MATIUS 27:62-66 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada keesokannya, iaitu sehari selepas Hari Persediaan, ketua-ketua imam dan orang Farisi datang beramai-ramai menghadap Pilatus. Mereka berkata, “Tuan, kami teringat, sewaktu Dia masih hidup si penipu itu ada berkata, ‘Selepas tiga hari Aku akan bangkit.’ Oleh itu, silalah tuan perintahkan supaya dipastikan makam-Nya tidak dapat dibuka hingga tamat hari ketiga. Kami takut kalau-kalau murid-murid-Nya datang pada waktu malam dan mencuri mayat-Nya dibawa pergi, lalu berkata kepada orang ramai, ‘Dia telah bangkit daripada kematian.’ Penipuan ini pasti lebih dahsyat daripada penipuan pertama.” Pilatus berkata kepada mereka, “Bawalah beberapa pengawal. Pergilah sendiri, buat apa yang kamu fikirkan perlu untuk menjaga makam itu.” Mereka pun pergi melakukannya. Mereka memperkukuh makam itu dengan memateraikannya supaya tidak dapat dibuka langsung, dan mereka menugaskan pengawal berjaga di situ.