MATIUS 27:6-10
MATIUS 27:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Para ketua imam memungut wang itu dan berkata, “Wang ini upah seorang pembunuh. Menurut Taurat kita, wang ini tidak boleh dimasukkan ke dalam peti persembahan di Rumah Tuhan.” Setelah bersetuju, mereka menggunakan wang itu untuk membeli tanah yang disebut Tanah Tukang Periuk. Tanah itu digunakan sebagai perkuburan orang bukan Yahudi. Itulah sebabnya sehingga hari ini tanah itu dinamakan “Tanah Darah”. Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh Nabi Yeremia, “Mereka mengambil tiga puluh keping wang perak, jumlah yang disetujui oleh orang Israel sebagai bayaran bagi Dia. Wang itu digunakan untuk membeli tanah tukang periuk, seperti yang diperintahkan oleh Tuhan kepadaku.”

MATIUS 27:6-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka diambillah ulih imam imam bŭsar kŭping kŭping perak itu, sŭrta bŭrkata, Tiadalah patut dimasokkan wang ini kadalam pŭrbandaharan, kŭrna iya ini harga darah adanya. Maka sŭtlah sudah marika itu mufakat, maka diblikannyalah dŭngan wang itu suatu tanah tukang priok blanga, iya itu dijadikannya tŭmpat pŭkuboran sagala orang orang dagang. Maka sŭbab itulah dinamai orang akan tanah itu, tanah darah sampie hari ini. Maka tŭtkala itu tŭlah gŭnaplah barang yang dikatakan ulih nabi Jeremia, katanya, Marika itu tŭlah mŭngambil tiga puloh kŭping perak itu, iya itu harga orang yang tŭlah diniliekan ulih bŭni Israil. Maka wang itu dibuatnya pŭmbayar harga tanah tukang priok blanga itu, spŭrti yang disurohkan Tuhan padaku.
MATIUS 27:6-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketua-ketua imam memungut wang perak itu lalu berkata, “Menurut hukum, kita tidak boleh memasukkan wang ini ke dalam perbendaharaan rumah ibadat, kerana wang ini harga darah.” Mereka bermesyuarat lalu menggunakan wang itu untuk membeli ladang tukang tembikar bagi dijadikan tempat perkuburan orang asing. Oleh itu, padang tersebut dipanggil Padang Darah hingga hari ini. Dengan demikian terlaksanalah apa yang dikatakan oleh Nabi Yeremia: “Maka mereka pun mengambil tiga puluh keping perak itu, harga Dia yang telah dinilai oleh anak-anak Israel, lalu membeli tanah tukang tembikar seperti yang diperintahkan Tuhan kepadaku.”