MATIUS 27:51-54
MATIUS 27:51-54 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian tirai yang tergantung di dalam Rumah Tuhan koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai. Bumi bergoncang, gunung batu terbelah, kubur terbuka, dan banyak umat Allah yang sudah meninggal dihidupkan semula. Mereka meninggalkan kubur, dan setelah Yesus bangkit daripada kematian, mereka masuk ke Yerusalem. Di sana banyak orang nampak mereka. Apabila ketua askar dan askar-askar yang sedang mengawal Yesus nampak gempa bumi dan segala perkara yang berlaku, mereka ketakutan. Mereka berkata, “Dia betul-betul Anak Allah!”
MATIUS 27:51-54 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka hieran, sŭtlah itu tirie ka’abah itu pun bŭlahlah dua deri atas sampie kŭbawah, maka bumi pun gŭmpalah, dan batu batu pun habislah bŭlah bŭlah. Dan kubor kubor pun tŭrbukalah, maka bŭbrapa mayat orang orang saleh yang tŭlah mati pun hidoplah. Maka kluarlah skalian marika itu deri dalam kubornya, iya itu kumdian deripada Isa hidop pula, lalu masoklah marika itu kadalam Bethalmukadis, iya itu klihatan kapada orang banyak. Maka apabila Pŭnghulu sratus orang, dan orang orang yang sŭrtanya mŭnunggu Isa pun mŭlihat gŭmpah bumi, dan sagala pŭrkara yang tŭlah jadi itu, maka kŭtakotanlah iya sangat, katanya, Bahwa sŭbŭnarnyalah iya ini Anak Allah.
MATIUS 27:51-54 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sejurus itu tirai Bait Suci terbelah dua dari atas ke bawah, bumi digegar gempa dan batu-batu pejal terpecah; kubur-kubur terbuka; dan banyak jenazah orang suci dibangkitkan semula; mereka keluar dari kubur dan selepas Yesus dibangkitkan semula, mereka masuk ke kota suci itu dan menampakkan diri kepada sebilangan besar orang di situ. Apabila ketua tentera dan orangnya yang mengawal Yesus melihat gempa bumi serta kejadian-kejadian lain, mereka pun ketakutan lalu berkata, “Benarlah Dia Anak Allah!”