MATIUS 27:27-37

MATIUS 27:27-37 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Tŭtkala itu maka diambillah ulih sagala lashkar Raja akan Isa, maka dibawanyalah bŭrsama sama kabalierong, maka bŭrkamponglah sagala pasukan lashkar itu kapadanya. Lalu ditanggalkannya pakieannya, maka dipakiekannya suatu baju yang ungu warnanya. Maka dianyamkannya pula suatu mahakota deripada duri, dipakiekannya ka’atas kapalanya, sŭrta dibrinya sa’batang buloh katangan kanannya, maka bŭrtŭlotlah marika itu dihadapannya, diolok olokkannya akan dia, katanya, Slamatlah hie Raja orang Yahudi. Maka diludahinya akan dia, sŭrta diambilnya tongkat itu dipukolkannya kakŭpalanya. Maka apabila sudahlah marika itu mŭngolok olokkan dia, maka ditanggalkannya baju itu, lalu dipakiekannya pakieannya sŭndiri, sambil dibawanyalah kluar handak disalebkannya akan dia. Maka apabila marika itu kluar, lalu didapatinya sa’orang orang Siereni yang bŭrnama Simon, maka iya pun dipaksainya mŭmikol kayu saleb itu. Maka sŭtlah sampie marika itu kapada tŭmpat yang bŭrnama Golgotha, iya itu artinya tŭmpat tŭngkorak. Maka dibrinyalah akan Isa minom chuka bŭrchampor dŭngan hŭmpŭdu, maka apabila dichobainya, maka tiada iya mahu minom itu. Maka disalebkannya akan dia, lalu dibahgi ulih marika itu pakieannya dŭngan mŭmbuang undi, supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih Nabi, Bahwa marika itu tŭlah mŭmbahgi pakieanku diantara marika itu, maka diatas bajuku marika itu mŭmbuang undi. Maka dudoklah marika itu mŭnunggui akan dia disana. Lalu dibubohkannya pula ka’atas kapalanya surat tudohan dŭmkian bunyinya, IYA INILAH ISA RAJA ORANG YAHUDI.