MATIUS 27:17-26

MATIUS 27:17-26 Alkitab Berita Baik (BM)

Apabila orang ramai berkumpul, Pilatus bertanya kepada mereka, “Siapakah yang kamu mahu aku bebaskan? Yesus Barabas atau Yesus yang disebut Kristus?” Pilatus tahu betul bahawa pemimpin orang Yahudi menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati. Sementara Pilatus duduk di balai pengadilan, isterinya mengirim berita kepadanya, “Janganlah turut campur perkara orang yang tidak bersalah itu, kerana saya mendapat mimpi buruk tentang dia.” Para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi menghasut orang ramai supaya meminta Pilatus membebaskan Barabas dan menghukum mati Yesus. Tetapi Pilatus bertanya kepada orang ramai, “Yang mana satu antara kedua-dua orang ini yang kamu mahu aku bebaskan?” “Barabas!” jawab mereka. “Lalu apakah yang harus aku lakukan terhadap Yesus yang disebut Kristus?” Pilatus bertanya kepada mereka. “Salibkan dia!” jawab mereka semua. Tetapi Pilatus berkata, “Kejahatan apa yang telah dilakukannya?” Kemudian mereka berteriak lebih kuat lagi, “Salibkan dia!” Apabila Pilatus sedar bahawa dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi dan bahawa orang ramai mungkin merusuh, dia mengambil air lalu membasuh tangan di hadapan orang ramai. Dia berkata, “Aku tidak bertanggungjawab terhadap kematian orang ini! Kamulah yang bertanggungjawab!” Seluruh orang ramai itu menjawab, “Kami dan keturunan kami bertanggungjawab terhadap kematiannya!” Kemudian Pilatus membebaskan Barabas bagi mereka, dan menyuruh orang menyesah Yesus serta menyerahkan Dia kepada askar untuk disalib.

MATIUS 27:17-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Shahadan sŭtlah bŭrhimpunlah marika itu skalian, maka bŭrkatalah Pilatus pada marika itu, Siapakah yang kamu kahandaki kulŭpaskan, Bŭrabakah, atau Isa yang tŭrsŭbut Almasihkah? Kŭrna Raja tŭlah mŭngtahui, bahwa marika itu mŭnyŭrahkan Isa itu dŭngan dŭngkinya. ¶ Tŭtkala Raja dudok diatas tŭmpat bicharanya itu, maka disuroh ulih istrinya akan orang datang kapadanya, mŭngatakan, Janganlah angkau buat barang sasuatu akan orang yang bŭnar itu, kŭrna pada hari ini aku tŭlah bŭrmimpi dŭngan mŭrasai bŭbrapa susah deri sŭbabnya. Adapun imam imam yang bŭsar itu, sŭrta orang tua tua pun mŭmbujok akan sagala kaum, supaya iya skalian minta lŭpaskan Bŭraba, dan biarlah Isa dibinasakan. Maka kata Raja kapada marika itu, Dalam antara kadua orang ini, siapakah yang kamu kahandaki aku lŭpaskan? Maka bŭrkatalah marika itu, Bŭraba. Kata Pilatus pada marika itu, Kalau dŭmkian, apakah kŭlak kupŭrbuat akan Isa yang tŭrsŭbut Almasih itu? Maka bŭrkatalah skalian marika itu, Biarlah iya disalebkan. Maka jawab Raja, Apakah salah yang dipŭrbuatnya? Maka makinlah bŭrtriak marika itu, katanya, Biarlah iya disalebkan. Maka apabila dilihat ulih Pilatus, bahwa tiadalah bŭrguna lagi pŭrkataannya, mŭlainkan makinlah lebih jadi gŭmpar, maka diambilnyalah ayer, lalu dibasohnya kadua bŭlah tangannya dihadapan kaum itu, katanya, Aku tŭlah suchilah deri pada dosa mŭnumpahkan darah orang yang bŭnar ini, tanggonglah ulihmu. Maka mŭnyahutlah skalian orang itu, sŭrta bŭrkata, Biarlah darahnya itu tŭrtanggong ka’atas kami, dan atas anak anak chuchu kami. Maka tŭtkala itu dilŭpaskannya Bŭraba, tŭtapi Isa dipalunya dŭngan jari ampi, sŭrta disŭrahkannya supaya disalebkan.

MATIUS 27:17-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Setelah mereka berhimpun, Pilatus bertanya, “Yang mana kamu mahu aku bebaskan dan serahkan ke tanganmu, Barabas atau Yesus yang dipanggil Kristus?” Gabenor itu tahu bahawa mereka telah menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati. Ketika Pilatus sedang duduk di atas kerusi penghakiman, isterinya berkirim pesan kepadanya, “Jangan apa-apakan orang yang tidak bersalah; hari ini aku banyak menanggung azab dalam mimpi kerana-Nya.” Tetapi ketua-ketua imam dan tua-tua dapat meyakinkan orang ramai supaya meminta Barabas dibebaskan dan Yesus dibunuh. Gabenor itu berkata kepada mereka, “Yang mana antara dua orang ini kamu mahu aku bebaskan dan serahkan ke tanganmu?” Mereka menjawab, “Barabas!” Pilatus bertanya kepada mereka, “Jadi, apa yang harus kubuat dengan Yesus yang dipanggil Kristus?” Kesemua mereka berkata kepadanya, “Salibkan Dia!” Gabenor berkata, “Mengapa, apakah kejahatan yang telah dilakukan-Nya?” Tetapi mereka berseru semakin kuat, “Salibkan Dia!” Apabila Pilatus melihat bahawa dia tidak dapat mempengaruhi mereka malah mereka mula hendak merusuh, dia mengambil air lalu membasuh tangannya di hadapan orang ramai itu sambil berkata, “Aku bebas daripada kesalahan menumpahkan darah orang yang baik ini. Kamu tanganilah sendiri.” Kesemua mereka menjawab, “Biarlah darah-Nya tertanggung di atas kami dan zuriat kami.” Pilatus pun membebaskan Barabas kepada mereka; dan setelah menyebat Yesus, dia menyerahkan-Nya untuk disalib.