MATIUS 27:11-14
MATIUS 27:11-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berdiri di hadapan Gabenor Pilatus, dan Pilatus bertanya kepada-Nya, “Adakah kamu raja orang Yahudi?” “Begitulah yang tuan katakan,” jawab Yesus. Tetapi apabila para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi melemparkan banyak tuduhan terhadap Yesus, Dia diam sahaja. Oleh itu Pilatus berkata kepada-Nya, “Tidakkah kamu mendengar segala tuduhan yang dilemparkan oleh mereka terhadapmu?” Tetapi Yesus tidak menjawab sepatah pun, sehingga gabenor itu sangat hairan.

MATIUS 27:11-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka Isa pun bŭrdirilah mŭngadap Raja; bŭrtanyalah Raja itu padanya, Angkaukah Raja orang Yahudi? Maka jawab Isa, Spŭrti angkau kata. Maka apabila iya sudah ditudoh ulih imam imam yang bŭsar, dan orang tua tua itu, maka suatu pun tiada disahutnya. Tŭtkala itu bŭrkatalah Pilatus padanya, Tiadakah angkau mŭnŭngar bŭbrapa pŭrkara marika itu bŭrsaksi mŭlawan dikau? Tŭtapi sa’patah pun tiada disahutnya akan dia, sampie hieranlah Raja itu sangat.
MATIUS 27:11-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Gabenor itu bertanya kepada Yesus yang berdiri di hadapannya, “Adakah Engkau Raja orang Yahudi?” Yesus berkata, “Begitulah seperti katamu.” Ketika Dia dituduh oleh ketua-ketua imam dan tua-tua, Dia tidak berkata suatu apa. Kemudian Pilatus berkata kepada-Nya, “Tidakkah Kamu dengar betapa banyaknya tuduhan terhadap-Mu dalam kesaksian mereka?” Tetapi Yesus tidak berkata sepatah pun, sehingga amat hairan gabenor melihat-Nya.