MATIUS 26:63-66
MATIUS 26:63-66 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Yesus diam sahaja. Sekali lagi Imam Agung berkata kepada-Nya, “Demi nama Allah yang hidup, beritahu kami! Adakah kamu Penyelamat yang diutus oleh Allah, iaitu Anak Allah?” Yesus menjawab, “Demikianlah katamu. Tetapi Aku berkata kepada kamu semua: Tidak lama lagi kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang di atas awan!” Lalu Imam Agung mengoyakkan jubahnya dan berkata, “Dia mengkufuri Allah! Kita tidak memerlukan saksi lagi. Kamu telah mendengar Dia mengkufuri Allah. Apakah keputusan kamu?”
MATIUS 26:63-66 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi Isa mŭndiamkan dirinya. Maka sahut imam yang bŭsar itu, sŭrta bŭrkata, Bahwasanya aku mŭlŭtakkan ka’atasmu sumpah, dŭmi Allah yang hidop, supaya angkau mŭngatakan pada kami kalau kalau angkaukah Almasih anak Allah itu. Maka kata Isa padanya, Spŭrti katamu itu; tŭtapi aku bŭrkata padamu, bahwa kumdian deripada ini kŭlak kamu akan mŭliat Anak manusia itu dudok disŭblah kanan Allah yang maha kwasa, sŭrta datang diatas awan awan deri langit. Maka tŭtkala itu imam yang bŭsar itu mŭngoyakan pakieannya sŭndiri, katanya, Bahwasanya iya ini mŭmbuat fitnah akan Allah, apa gunanya saksi lagi, bahwa sasungguhnya skarang kamu sudah mŭnŭngar fitnahnya itu. Bagimanakah fikiran kamu? Maka disahut ulih marika itu katanya, Adapun hukumannya ini patutlah dibunoh.
MATIUS 26:63-66 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi Yesus berdiam diri. Imam besar berkata kepada-Nya, “Demi Allah yang hidup, katakan kepada kami, adakah Kamu ini Kristus, Anak Allah?” Yesus berkata kepadanya, “Benarlah seperti katamu. Namun demikian, Aku berkata kepadamu, kemudian hari kelak kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Maha Kuasa, dan datang dalam awan di langit.” Kemudian imam besar mengoyak-ngoyakkan pakaiannya sambil berkata, “Dia telah melafazkan kata-kata kufur! Apa perlunya saksi lagi? Sekarang kamu telah mendengar kata-kata kufur-Nya! Bagaimana pendapatmu?” Mereka menjawab, “Dia patut dibunuh.”