MATIUS 26:42-44
MATIUS 26:42-44 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekali lagi Yesus pergi dan berdoa, “Ya Bapa, jika cawan penderitaan ini tidak dapat dijauhkan daripada-Ku, tetapi harus Aku minum, biarlah kehendak Bapa berlaku.” Kemudian Yesus kembali kepada pengikut-pengikut-Nya dan Dia mendapati mereka masih tidur kerana mengantuk. Sekali lagi Yesus meninggalkan mereka, lalu pergi dan berdoa dengan kata-kata yang sama untuk kali ketiga.

MATIUS 26:42-44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka pŭrgilah iya pula pada kadua kalinya mŭminta doa, katanya, Ya Ayahku, jikalau kiranya chawan minoman itu tiada bulih nyah deripadaku, mŭlainkan handak kuminom juga akan dia itu, kahandakmu jadilah. Maka iya pun kŭmbalilah, lalu didapatinya akan marika itu tidor pula, kŭrna tŭrlalu sangat brat matanya. Maka ditinggalkanyalah marika itu, lalu pŭrgilah iya mŭminta doa pada katiga kalinya, mŭngatakan pŭrkataan itu juga.
MATIUS 26:42-44 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bagi kali kedua, Dia pergi dan berdoa, “Ya Bapa-Ku, jika cawan ini tidak mungkin beredar daripada-Ku melainkan Kuminum, terlaksanalah kehendak-Mu.” Selepas itu, Dia mendapati mereka tidur lagi, kerana mata mereka sungguh mengantuk. Dia pun meninggalkan mereka dan pergi berdoa lagi, bagi kali ketiga. Dia mengucapkan kata-kata yang sama.