MATIUS 26:40-41
MATIUS 26:40-41 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus kembali kepada ketiga-tiga orang pengikut-Nya dan mendapati mereka sedang tidur. Dia berkata kepada Petrus, “Tidak dapatkah kamu bertiga berjaga dengan Aku selama satu jam? Berjaga-jagalah dan berdoalah supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabiat manusia lemah.”
MATIUS 26:40-41 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kŭmbalilah iya pada murid muridnya, maka didapatinya marika itu tidor, lalu katanya kapada Petros, Bagimana, tiadakah bulih kamu bŭrjaga sŭrtaku sa’jam sahja? Bŭrjagalah dŭngan bŭrminta doa, supaya jangan kamu kŭna pŭrchobaan, maka sungguh pun Roh itu bŭrkahandak, tŭtapi hati itu lŭmahlah adanya.
MATIUS 26:40-41 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian Dia kembali kepada murid-murid-Nya dan mendapati mereka tertidur; lalu Dia berkata kepada Petrus, “Satu jam pun kamu tidak dapat berjaga bersama-Ku? Berjaga dan berdoalah, takut nanti kamu tergoda. Memang rohani rela, tetapi jasmani lemah.”