MATIUS 26:38-39
MATIUS 26:38-39 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Hati-Ku sedih sekali sehingga Aku hendak mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjagalah dengan Aku.” Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.”
MATIUS 26:38-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtkala itu, maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Nyawaku tŭrsangatlah bŭrduka bagie akan mati, nantilah kamu disini sŭrta bŭrjaga dŭngan aku. Maka pŭrgilah iya jauh sŭdikit, maka sujudlah iya mŭniarap, sambil mŭminta doa, katanya, Ya Ayahku, jikalau bulih kiranya, biarlah chawan minoman itu dinyahkan deripada aku, tŭtapi dalam pada itu pun bukannya spŭrti kahandakku, mŭlainkan spŭrti kahandakmu.
MATIUS 26:38-39 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia berkata kepada mereka, “Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati. Duduklah di sini berjaga bersama-Ku.” Yesus pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyembamkan muka ke tanah dan berdoa, “Ya Bapa-Ku, kalaulah dapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, bukanlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Kaukehendaki.”