MATIUS 26:36-45
MATIUS 26:36-45 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke suatu tempat bernama Getsemani. Dia berkata kepada mereka, “Duduklah di sini sementara Aku pergi ke sana untuk berdoa.” Yesus mengajak Petrus dan kedua-dua orang anak Zebedeus pergi bersama dengan-Nya. Dia sangat sedih dan gelisah. Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Hati-Ku sedih sekali sehingga Aku hendak mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjagalah dengan Aku.” Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.” Kemudian Yesus kembali kepada ketiga-tiga orang pengikut-Nya dan mendapati mereka sedang tidur. Dia berkata kepada Petrus, “Tidak dapatkah kamu bertiga berjaga dengan Aku selama satu jam? Berjaga-jagalah dan berdoalah supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabiat manusia lemah.” Sekali lagi Yesus pergi dan berdoa, “Ya Bapa, jika cawan penderitaan ini tidak dapat dijauhkan daripada-Ku, tetapi harus Aku minum, biarlah kehendak Bapa berlaku.” Kemudian Yesus kembali kepada pengikut-pengikut-Nya dan Dia mendapati mereka masih tidur kerana mengantuk. Sekali lagi Yesus meninggalkan mereka, lalu pergi dan berdoa dengan kata-kata yang sama untuk kali ketiga. Lalu Yesus kembali kepada pengikut-pengikut-Nya dan berkata, “Masihkah kamu tidur dan berehat? Lihatlah, saatnya sudah tiba bagi Anak Manusia diserahkan ke dalam kekuasaan orang berdosa.
MATIUS 26:36-45 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Tŭtkala itu datanglah Isa bŭrsama sama dŭngan marika itu masok kadalam suatu tŭmpat yang bŭrnama Gethsamani, maka bŭrkata Isa pada murid muridnya, Dudoklah kamu disini sŭmŭntara aku pŭrgi minta doa disitu. Maka dibawanyalah bŭrsama sama Petros, dan anak Zabdi kadua, maka bahrulah datang duka chitanya, sŭrta dŭngan sangat brat rasanya. Tŭtkala itu, maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Nyawaku tŭrsangatlah bŭrduka bagie akan mati, nantilah kamu disini sŭrta bŭrjaga dŭngan aku. Maka pŭrgilah iya jauh sŭdikit, maka sujudlah iya mŭniarap, sambil mŭminta doa, katanya, Ya Ayahku, jikalau bulih kiranya, biarlah chawan minoman itu dinyahkan deripada aku, tŭtapi dalam pada itu pun bukannya spŭrti kahandakku, mŭlainkan spŭrti kahandakmu. Maka kŭmbalilah iya pada murid muridnya, maka didapatinya marika itu tidor, lalu katanya kapada Petros, Bagimana, tiadakah bulih kamu bŭrjaga sŭrtaku sa’jam sahja? Bŭrjagalah dŭngan bŭrminta doa, supaya jangan kamu kŭna pŭrchobaan, maka sungguh pun Roh itu bŭrkahandak, tŭtapi hati itu lŭmahlah adanya. Maka pŭrgilah iya pula pada kadua kalinya mŭminta doa, katanya, Ya Ayahku, jikalau kiranya chawan minoman itu tiada bulih nyah deripadaku, mŭlainkan handak kuminom juga akan dia itu, kahandakmu jadilah. Maka iya pun kŭmbalilah, lalu didapatinya akan marika itu tidor pula, kŭrna tŭrlalu sangat brat matanya. Maka ditinggalkanyalah marika itu, lalu pŭrgilah iya mŭminta doa pada katiga kalinya, mŭngatakan pŭrkataan itu juga. Sŭtlah itu kŭmbalilah iya kapada murid muridnya, lalu bŭrkata padanya, Tidorlah juga skarang, sŭnangkanlah dirimu, sasungguhnya kutika tŭlah sampie, bahwa Anak manusia itu akan disŭrahkan kŭtangan orang bŭrdosa.
MATIUS 26:36-45 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu, Yesus pergi bersama mereka ke sebuah tempat bernama Getsemani, lalu Dia berkata kepada murid-murid-Nya, “Duduklah di sini sementara Aku berdoa di sana.” Yesus membawa bersama-Nya Petrus dan kedua-dua anak Zebedeus. Dia mula berasa dukacita dan resah. Dia berkata kepada mereka, “Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati. Duduklah di sini berjaga bersama-Ku.” Yesus pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyembamkan muka ke tanah dan berdoa, “Ya Bapa-Ku, kalaulah dapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, bukanlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Kaukehendaki.” Kemudian Dia kembali kepada murid-murid-Nya dan mendapati mereka tertidur; lalu Dia berkata kepada Petrus, “Satu jam pun kamu tidak dapat berjaga bersama-Ku? Berjaga dan berdoalah, takut nanti kamu tergoda. Memang rohani rela, tetapi jasmani lemah.” Bagi kali kedua, Dia pergi dan berdoa, “Ya Bapa-Ku, jika cawan ini tidak mungkin beredar daripada-Ku melainkan Kuminum, terlaksanalah kehendak-Mu.” Selepas itu, Dia mendapati mereka tidur lagi, kerana mata mereka sungguh mengantuk. Dia pun meninggalkan mereka dan pergi berdoa lagi, bagi kali ketiga. Dia mengucapkan kata-kata yang sama. Setelah itu, Dia mendapatkan murid-murid-Nya lalu berkata, “Adakah kamu masih tidur dan berehat? Lihatlah, masanya telah menjelang, dan Anak Manusia sedang dikhianati untuk diserahkan ke tangan orang berdosa.