MATIUS 26:17-19
MATIUS 26:17-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi, pengikut-pengikut Yesus datang kepada-Nya dan bertanya, “Di manakah Guru ingin kami sediakan jamuan Paska untuk Guru?” Yesus menjawab, “Pergilah berjumpa dengan seorang di bandar. Katakan kepadanya, ‘Guru berkata, saat-Nya sudah hampir tiba; Dia hendak merayakan Paska di rumahmu bersama dengan pengikut-pengikut-Nya.’ ” Pengikut-pengikut-Nya melakukan suruhan Yesus dan menyiapkan jamuan Paska itu.

MATIUS 26:17-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Bŭrmula pada hari yang pŭrtama deripada hari raya roti yang tiada bŭragi, maka datanglah murid muridnya kapada Isa, sŭrta bŭrkata padanya, Dimanakah angkau kahandaki, supaya kami sŭdiakan makan pŭrjamuan hari raya langka? Maka bŭrkatalah iya, Pŭrgilah kamu masok kadalam nŭgri kapada sa’orang anu, katakanlah padanya, Guru bŭrkata, bahwa ajalku sudah dŭkat, maka dalam rumahmulah aku handak mŭndapati hari raya langka sŭrta dŭngan murid muridku. Maka dipŭrbuatlah ulih murid muridnya spŭrti yang disurohkan Isa itu padanya, sŭrta disŭdiakannya pŭrjamuan langka itu.
MATIUS 26:17-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi, murid-murid Yesus mendapatkan-Nya lalu berkata, “Di manakah Engkau mahu kami sediakan jamuan Paskah untuk-Mu?” Yesus berkata, “Pergilah ke kota kepada seorang tertentu dan katakanlah kepadanya, ‘Guru berkata, Masa-Ku sudah hampir; Aku akan menyambut Perayaan Paskah di rumahmu bersama para murid-Ku.’ ” Murid-murid Yesus menjalankan arahan-Nya lalu menyediakan jamuan Perayaan Paskah.