MATIUS 26:1-5
MATIUS 26:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah Yesus mengajarkan semua perkara itu, Dia berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Kamu tahu bahawa dua hari lagi Perayaan Paska akan dirayakan, dan Anak Manusia akan diserahkan untuk disalibkan!” Kemudian para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi berkumpul di istana Imam Agung Kayafas. Mereka berkomplot untuk menangkap Yesus dengan diam-diam dan membunuh Dia. Mereka berkata, “Kita tidak boleh melakukannya pada masa perayaan, kerana nanti rakyat merusuh.”
MATIUS 26:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA adalah tŭtkala Isa sudah putus deripada sagala pŭrkataan ini, maka bŭrkatalah iya pada murid muridnya: Kamu tŭlah mŭngtahui, bahwa lagi dua hari akan datang hari raya langka, maka Anak manusia akan disŭrahkan supaya disalebkan. ¶ Maka tŭtkala itu bŭrhimpunlah sagala imam yang bŭsar bŭsar, dan khatib khatib, dan orang tua tua deri pada kaum itu ka’atas balierong kapala imam yang bŭrnama Kiefas. Lalu bŭrmufakatlah marika itu sama sŭndirinya handak mŭnangkap Isa dŭngan tipu, supaya dibunohnya akan dia. Tŭtapi bŭrkatalah marika itu, Janganlah pada hari raya ini, kalau kalau jadi gŭmpar kŭlak diantara kaum itu.
MATIUS 26:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah selesai Yesus menyampaikan semua ini, Dia pun berkata kepada murid-murid-Nya, “Kamu tahu bahawa dua hari lagi Perayaan Paskah menjelang, dan Anak Manusia akan diserahkan untuk disalib.” Ketua-ketua imam, ahli Taurat dan tua-tua berhimpun di istana imam besar yang bernama Kayafas. Mereka berpakat untuk memerangkap Yesus secara tipu daya dan membunuh-Nya. Tetapi mereka berkata, “Janganlah pada waktu perayaan, takut orang merusuh.”