MATIUS 25:41-43
MATIUS 25:41-43 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Raja itu akan berkata kepada kumpulan orang di sebelah kiri-Nya, ‘Pergi dari sini, hai kamu yang dikutuk Allah! Pergilah ke dalam api yang tidak dapat padam yang telah disediakan oleh Allah untuk Iblis dan malaikat-malaikatnya! Ketika Aku lapar, kamu tidak memberi Aku makan; ketika Aku dahaga, kamu tidak memberi Aku minum. Aku seorang asing, tetapi kamu tidak menyambut Aku ke dalam rumah kamu. Aku tidak berpakaian, tetapi kamu tidak memberi Aku pakaian. Aku jatuh sakit dan dipenjarakan, tetapi kamu tidak melawat Aku.’
MATIUS 25:41-43 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtkala itu iya akan bŭrkata kapada sagala orang yang disŭblah kiri, Lalulah kamu deri hadapanku, hie la’nat! masoklah kamu kadalam api yang kŭkal, yang tŭlah disŭdiakan bagie Iblis dŭngan tŭntaranya. Kŭrna tŭtkala aku lapar, tiada kamu mŭmbri aku makan, dan tŭtkala aku dahaga, tiada kamu mŭmbri aku minom. Maka tŭtkala aku dagang, tiada kamu mŭmbri tumpangan, dan bŭrtlanjang, tiada kamu mŭmbri padaku pakiean, dan sakit, dan dalam pŭnjara, tiada kamu mŭngunjongi.
MATIUS 25:41-43 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu, Dia akan berkata kepada mereka yang di sebelah kiri-Nya, ‘Nyahlah dari sisi-Ku, kamu yang terlaknat, ke dalam api kekal yang telah disediakan untuk Iblis dan para malaikatnya; kerana Aku lapar dan kamu tidak memberi-Ku makanan; Aku dahaga dan kamu tidak memberi-Ku minuman. Aku orang asing dan kamu tidak menerima-Ku masuk ke rumahmu; Aku tidak berpakaian dan kamu tidak memberi-Ku pakaian; Aku sakit, Aku di dalam penjara, dan kamu tidak melawat-Ku.’