MATIUS 25:24-26
MATIUS 25:24-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian hamba yang menerima seribu keping wang emas datang dan berkata, ‘Tuan, hamba tahu bahawa tuan seorang yang keras. Tuan menuai tuaian di tempat yang tidak tuan tanami, dan tuan memungut hasil di tempat yang tidak tuan taburi dengan benih. Hamba takut, maka hamba pergi menyembunyikan wang tuan di dalam tanah. Inilah milik tuan.’ ‘Kamu hamba yang jahat dan malas!’ kata tuan itu. ‘Tidakkah kamu tahu, bahawa aku menuai tuaian di tempat yang tidak aku tanami, dan memungut hasil di tempat yang tidak aku taburi dengan benih?
MATIUS 25:24-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Arkian maka datang pula orang yang tŭlah mŭndapat satu tŭlanta itu, lalu bŭrkatalah, Ya tuan, bahwa kukŭtahui angkaulah sa’orang kŭras hati, mŭnuwie ditŭmpat yang tiada kamu mŭnabor, dan mŭngumpolkan ditŭmpat yang tiada kamu mŭnghamborkan. Maka takotlah aku, sŭbab itu pŭrgilah aku sŭmbunyikan tŭlantamu itu kadalam tanah, bahwa initah dia angkau punya. Shahadan maka disahut ulih tuannya, katanya, Hie hamba yang jahat dan malas, tŭlah angkau kŭtahui bahwa aku mŭnuwie ditŭmpat yang tiada aku mŭnabor, dan mŭngumpolkan ditŭmpat yang tiada aku mŭnghamborkan
MATIUS 25:24-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian hamba yang menerima satu talenta itu datang lalu berkata, ‘Tuan, aku tahu tuan berhati batu. Tuan menuai tanpa menyemai, memungut hasil tanpa menabur benih. Jadi aku takut, lalu kusorokkan satu talenta tuan itu di dalam tanah. Lihat, itulah hak milik tuan.’ Tetapi tuannya menjawab, ‘Hai hamba yang zalim dan malas, kamu tahu aku menuai tanpa menyemai, memungut hasil tanpa menabur benih.