MATIUS 25:1-3
MATIUS 25:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
“Pada masa itu Pemerintahan Allah seperti perumpamaan berikut. Sepuluh orang gadis keluar membawa pelita untuk menyambut pengantin lelaki. Lima orang daripada mereka kurang bijak, tetapi lima orang yang lain bijak. Lima orang gadis yang kurang bijak membawa pelita, tetapi tidak membawa minyak tambahan.
MATIUS 25:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SHAHADAN krajaan shorga itu adalah saumpama dŭngan spuloh orang anak darah yang mŭmbawa suloh, maka kluarlah iya mŭngalu alukan mŭmplie. Maka adalah diantara marika itu lima orang bijaksana, dan lima orang yang bodoh. Adapun sagala orang yang bodoh itu mŭmbawa suloh sahja tiada dŭngan minyak bŭkalnya.
MATIUS 25:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Kerajaan syurga ibarat sepuluh orang anak dara yang membawa lampu dan berjalan keluar untuk menyambut pengantin lelaki. Lima orang daripada mereka itu bijak manakala yang lima lagi kurang berakal. Yang kurang berakal membawa lampu sahaja tanpa bekalan minyak.