MATIUS 23:37-39
MATIUS 23:37-39 Alkitab Berita Baik (BM)
“Yerusalem, Yerusalem! Engkau membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah beberapa kali Aku ingin memeluk semua pendudukmu seperti seekor induk ayam menaungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi pendudukmu tidak mahu! Yerusalem, engkau akan ditinggalkan oleh Allah, sehingga engkau terbiar. Ketahuilah bahawa mulai sekarang kamu tidak akan melihat Aku lagi sehingga kamu berkata, ‘Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan.’ ”
MATIUS 23:37-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Hie Jerusalem, Jerusalem, yang mŭmbunoh sagala nabi, dan mŭrŭjam sagala orang yang disurohkan kapadamu, maka adalah bŭbrapa kali sudah aku handak mŭnghimpunkan anak anak kamu, spŭrti sa’ekor ibu ayam yang mŭnghimpunkan anak anaknya kabawah kŭpaknya, maka tiada kamu mahu. Bahwa sasungguhnya kŭlak tŭmpat kŭdiamanmu itu akan mŭnjadi sunyi sŭnyap. Bahwa aku bŭrkata padamu, deripada waktu ini, tiadalah dapat kamu mŭlihat aku lagi, sampie kamu bŭrkata, Bŭrbahgialah orang yang datang dŭngan nama Tuhan.
MATIUS 23:37-39 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yerusalem, Yerusalem! Kamu membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali Aku ingin mengumpul anak-anakmu seperti seekor ibu ayam mengumpul anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu. Rumahmu akan ditinggalkan dan terbiar. Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, kamu tidak akan melihat Aku lagi sehingga kamu berkata, ‘Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan.’ ”