MATIUS 22:23-30
MATIUS 22:23-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada hari itu juga, beberapa orang Saduki datang kepada Yesus. Mereka berpendapat bahawa orang mati tidak akan bangkit semula. “Guru,” kata mereka, “Musa mengajarkan demikian: Jika seorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak, maka saudara lelakinya harus berkahwin dengan balunya untuk memberikan keturunan kepada orang yang sudah meninggal itu. Dahulu ada tujuh orang adik-beradik tinggal di sini. Yang sulung berkahwin lalu meninggal tanpa mempunyai anak. Oleh itu, saudara yang kedua berkahwin dengan balunya. Saudara yang kedua pun meninggal tanpa mempunyai anak. Hal yang sama berlaku kepada saudara yang ketiga dan seterusnya sehingga kepada yang ketujuh. Akhirnya wanita itu meninggal. Pada hari kebangkitan orang mati, isteri siapakah wanita itu? Mereka semua telah berkahwin dengan dia.” Yesus menjawab, “Pendapat kamu salah sekali! Kamu tidak memahami Alkitab ataupun kuasa Allah. Apabila orang mati dibangkitkan semula, mereka akan menjadi seperti malaikat di syurga: Mereka tidak berkahwin.
MATIUS 22:23-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka pada hari itu juga datanglah kapada Isa orang Sadukia, yang mŭnyangkalkan orang mati kŭlak akan dihidopkan pula: Lalu bŭrtanya, Hie Guru, bahwa Musa tŭlah bŭrkata, jikalau sa’orang mati dŭngan tiada mŭninggalkan anak, maka patutlah saudaranya laki laki itu pula pŭristrikan bininya itu, supaya mŭnimbolkan baka saudaranya. Bahwa disini adalah tujoh orang bŭrsaudara laki laki, maka yang pŭrtama sŭtlah sudah iya kahwen, maka matilah iya, tŭtapi tiada iya mŭninggalkan baka, maka ditinggalkannya bininya itu kapada saudaranya. Maka dŭmkian juga hal saudaranya yang kadua, dan katiga, sampielah yang katujoh. Hata kumdian deripada skaliannya itu, matilah pula pŭrampuan itu. Maka diakhirat kŭlak siapakah ampunya bini dalam tujoh orang itu akan pŭrampuan itu? kŭrna skaliannya tŭlah mŭmpŭristrikan dia. Maka disahut Isa sŭrta bŭrkata pada marika itu, Kamu ini salah, sŭbab tiada mŭngarti kitab dan kwasa Allah. Kŭrna diakhirat kŭlak tiada orang kahwen, dan tiada orang dikahwenkan, mŭlainkan iya itu spŭrti mŭliekat Allah dalam shorga adanya.
MATIUS 22:23-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada hari itu juga, orang Saduki, yang mengatakan tidak ada kebangkitan, datang kepada Yesus lalu bertanya, “Guru, Musa berkata begini: Jika seseorang lelaki meninggal dunia tanpa anak, saudara lelakinya patutlah berkahwin dengan balunya dan memanjangkan zuriatnya. Ada tujuh orang adik-beradik lelaki dalam kalangan kami. Yang sulung berkahwin, kemudian meninggal dunia tanpa anak. Jadi, saudara yang kedua pun berkahwin dengan balunya. Saudara yang kedua itu pula meninggal dunia tanpa anak. Demikianlah terjadi seorang demi seorang hingga saudara yang ketujuh. Akhirnya wanita itu meninggal dunia. Pada hari kebangkitan, isteri siapakah wanita itu? Ini sebab ketujuh-tujuhnya pernah mengahwininya.” Yesus menjawab, “Kamu tersilap kerana kamu tidak memahami baik Kitab Suci mahupun kuasa Allah. Pada hari kebangkitan, mereka tidak berkahwin atau dikahwinkan; mereka seperti malaikat di syurga.