MATIUS 21:28-32
MATIUS 21:28-32 Alkitab Berita Baik (BM)
“Sekarang bagaimana pendapat kamu?” kata Yesus selanjutnya. “Ada seorang bapa yang mempunyai dua orang anak lelaki. Dia pergi kepada anaknya yang sulung dan berkata, ‘Pergilah bekerja di ladang anggur hari ini.’ Anaknya menjawab, ‘Saya tidak mahu,’ tetapi kemudian anak itu mengubah fikirannya lalu pergi ke ladang anggur itu. Kemudian bapa itu pergi kepada anaknya yang kedua, dan mengatakan hal yang sama. ‘Baiklah ayah,’ jawab anaknya yang kedua. Tetapi dia tidak pergi. Yang manakah antara kedua-dua orang anak itu melakukan kehendak bapanya?” “Anak yang sulung,” jawab mereka. Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, “Ketahuilah! Pemungut cukai dan pelacur akan menikmati Pemerintahan Allah lebih dahulu daripada kamu. Yohanes Pembaptis datang kepada kamu dan menunjukkan cara hidup yang dikehendaki oleh Allah, tetapi kamu tidak mahu percaya kepada ajarannya. Sebaliknya pemungut cukai dan pelacur percaya kepada ajarannya. Meskipun kamu telah melihat pemungut cukai dan pelacur berbuat demikian, kamu tidak mahu mengubah fikiran dan percaya kepada ajarannya.”
MATIUS 21:28-32 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Apakah pada sangkamu, ada pada sianu itu dua orang anak laki laki, maka pŭrgilah iya pŭrtama tama kapada sa’orang, katanya, Hie anakku, pŭrgilah angkau bŭkŭrja pada hari ini kakŭbon anggorku. Maka mŭnyahutlah iya sambil bŭrkata, Tiada aku mahu; tŭtapi kumdian mŭnyŭsallah iya lalu pŭrgi. Maka datanglah pula bapanya itu kapada anak yang lain, lalu bŭrkata dŭmkian juga, maka disahutnya, Sahya tuan, tŭtapi tiada iya pŭrgi. Maka siapakah deri antara kaduanya itu yang mŭnurot kahandak bapanya itu? Maka jawab marika itu, Yang pŭrtama tama itu. Maka kata Isa pada marika itu, Bahwasanya aku bŭrkata kapadamu, orang yang mŭmŭgang chukie, dan pŭrampuan sundal pun tŭrdahulu masok kadalam krajaan Allah deri pada kamu. Kŭrna Yahya tŭlah datang kapadamu dŭngan jalan yang bŭnar, maka tiada kamu pŭrchaya akan dia; tŭtapi orang mŭmŭgang chukie dan pŭrampuan sundal sudah pŭrchaya akan dia; tŭtapi sungguh pun kamu tŭlah mŭlihat hal itu, tiada juga kamu bŭrtaubat kumdiannya, supaya kamu pŭrchaya akan dia.
MATIUS 21:28-32 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Tetapi bagaimana pandanganmu? Seorang ada dua orang anak lelaki. Dia mendapatkan yang sulung dan berkata, ‘Anakku, pergilah bekerja hari ini di ladang anggurku.’ Anak itu menjawab, ‘Aku tidak mahu,’ tetapi kemudian dia menyesal lalu pergi bekerja di ladang bapanya. Ayah itu pergi pula mendapatkan anaknya yang kedua dengan kata-kata yang sama. Anak itu menjawab, ‘Baiklah, aku pergi, ayah,’ tetapi dia tidak pergi. Antara dua itu, yang mana melakukan kehendak bapanya?” Mereka menjawab, “Yang sulung.” Yesus berkata kepada mereka, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, pemungut cukai dan pelacur akan memasuki kerajaan Allah terlebih dahulu daripadamu. Yohanes datang kepadamu untuk menunjukkan jalan yang benar tetapi kamu tidak percaya kepadanya; manakala pemungut cukai dan pelacur percaya kepadanya. Setelah melihat hal ini pun, kamu tetap tidak menyesal dan percaya kepadanya.”